PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAM - PAS DI KELANTAN 1957-2000

Siti Ruzana Ab Ghani, Rahila Omar, Azlizan Mat Enh, Russli Kamaruddin

Abstract


Artikel ini membincangkan perkembangan gerakan Islam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kelantan, tahun 1957-2000. Gerakan Islam ini berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara dengan menekankan perjuangan berteraskan Islam. Sesudah negara mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957, PAS berusaha mengisi kemerdekaan negara dengan menubuhkan sebuah negara Islam. Hakikatnya, PAS adalah parti awal di Tanah Melayu yang berusaha dan berjuang dalam menuntut kemerdekaan. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kemunculan gerakan Islam PAS di Kelantan sehingga membawa kepada berkembangnya dakwah Islamiyah di Kelantan. Kajian ini juga meneliti kesan kepimpinan ulama dalam pentadbiran dan pendidikan di Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan disiplin sejarah melalui analisa yang dibuat ke atas sumber primer dan sekunder. Sumber primer menggunakan kaedah menganalisis dokumen berdasarkan rekod-rekod dan fail-fail laporan, perlembagaaan dan ucapan dasar pemimpin dari arkib gerakan dengan dimantapkan lagi melalui sumber-sumber sekunder.  Hasil Kajian mendapati gerakan Islam PAS dapat membentuk norma baharu dalam masyarakat  di Kelantan mengikut acuan Islam. Penguasaan PAS ke atas negeri Kelantan melalui pendekatan dakwah politik telah membawa kepada perubahan corak hidup masyarakat setempat kepada budaya hidup baharu yang menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam yang lengkap. Gerakan Islam PAS juga dapat mewujudkan sistem pentadbiran Islamik di Kelantan dan menjadi pencetus kepada pembinaan sebuah kerajaan Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi rujukan kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia