PERMODENAN POLITIKAL DALAM SEKTOR EKOPELANCONGAN DI PULAU LANGKAWI, KEDAH

Nur Idientee Abd Halim, Er Ah Choy

Abstract


Kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis hubungkait peranan antara pihak kerajaan dan pihak industri serta pihak masyarakat dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Pulau Langkawi merupakan destinasi ekopelancongan yang mendapat perhatian pelancong dari dalam dan juga luar negara. Satu set kaji selidik telah diedarkan kepada 400 pelancong yang datang ke Pulau Langkawi pada bulan Oktober 2013. Set soalan kaji selidik yang dijawab oleh pelancong akan dianalisis mengunakan kolerasi Spearman untuk melihat hubungan peranan pihak kerajaan, pihak industri dan pihak masyarakat yang mana ianya adalah persoalan dan objektif kajian ini. Kolerasi ini dianalisis menerusi perisian SPSS 21. Pelbagai soalan terdapat dalam set soalan kaji selidik itu dan antara soalan adalah maklumat peribadi pelancong dan juga berkaitan dengan peranan pihak kerajaan, pihak industri dan pihak masyarakat dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan peranan antara ketiga-tiga pihak dalam pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi dan kesimpulannya peranan yang dimainkan oleh setiap pihak adalah berhubungan secara langsung dalam membangunkan industri ekopelancongan dari semasa ke semasa.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia