KEWAJARAN NOVEL-NOVEL PEMENANG SAYEMBARA DITERJEMAHKAN

Husairi Hussin, Nor Hasimah Ismail

Abstract


Senario di Malaysia menyaksikan novel-novel pemenang sayembara tidak dikenali, sedangkan jika karya-karya daripada luar negara mendapat pengiktirafan sangat cepat diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Situasi sebegini menyebabkan perkembangan sastera tempatan agak perlahan walaupun banyak karya pemenang sayembara mempunyai kekuatan dan kehebatan setaraf dengan karya terbaik dunia. Oleh demikian kajian ini akan meneliti tentang kewajaran karya-karya pemenang sayembara iaitu novel untuk diterjemahkan. Terdapat dua objektif kajian iaitu pertama mengenal pasti sebab-sebab karya pemenang sayembara perlu diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Manakala objektif kedua menyenaraikan kekuatan atau kehebatan aspek sastera dalam karya tempatan. Keseluruhan kajian ini berbentuk kualitatif iaitu mengkaji data-data dan maklumat-maklumat di perpustakaan seperti jurnal, tesis, buku, majalah dan sebagainya untuk mencari perkaitan bagi mendapatkan hasil kajian yang dikehendaki. Manakala novel pemenang sayembara yang akan diteliti adalah novel Ah Fook karya Jong Chian Lai menggunakan teori intertekstualiti. Hasil kajian mendapati karya pemenang sayembara perlu diterjemahkan ke bahasa asing kerana yang pertama mempunyai kekuatan aspek sastera yang sangat baik. Kedua, karya tersebut juga telah dinilai oleh panel hakim yang diiktiraf iaitu pakar dalam bidang tersebut. Seterusnya, ketiga melalui cara terjemahan juga budaya tempatan yang menarik dan unik dapat diperkenalkan kepada masyarakat luar. Maka, isu karya-karya pemenang sayembara yang tidak mendapat sambutan di pasaran akan dapat ditangani dan masyakat akan lebih yakin untuk terus membacanya.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia