TAHAP KOMPETENSI GURU BAHASA ARAB DI SABK DI MALAYSIA: SATU DIMENSI

Awatif Abdul Rahman, Mohd Shafie Zulkifli, Muhammad Hashimee, Ainon Wazir, Muafah Sayed

Abstract


Kompetensi boleh ditakrifkan sebagai kemahiran generik, kemahiran asas, kemahiran utama, dan kemahiran personal yang merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran serta sikap yang menjadi asas kepada tugasan atau prestasi kerja yang dipertanggungjawabkan merentasi semua bidang. Dalam senario pendidikan Malaysia, gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru, iaitu berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM). Dalam konteks guru bahasa Arab, kompetensi yang paling penting adalah penguasaan bahasa. Oleh itu, objektif kajian rintis ini adalah mengenal pasti tahap kompetensi bahasa guru bahasa Arab, dan menilai kompetensi guru-guru bahasa Arab di SABK Semenanjung Malaysia.. Kajian berbentuk kualitatif melalui instrumen satu set soalan ujian kompetensi guru bahasa Arab yang dibangunkan dengan merujuk kepada kriteria guru bahasa Arab yang telah dikeluarkan dan diguna pakai oleh National Center for Assessment in Higher Education, Saudi Arabia sebagai konstruk soalan ujian kompetensi. Domain kompetensi yang dinilai adalah pengetahuan guru dalam penguasaan tatabahasa. Tinjauan awal ini melibatkan seramai 19 responden daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Selangor dan 1 responden di negeri Perak. Item soalan ujian kompetensi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21. Soalan ujian kompetensi ini telah dinilai kesahan muka dan kandungannya daripada 2 orang pakar penilai. Oleh itu, dapatan tinjauan awal ini menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru bahasa Arab di SABK berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir kajian untuk penambahbaikan dan pemurnian tahap kompetensi guru Bahasa Arab di SABK sebagai pelaksana Kurikulum Bersepadu Dini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia