KOLABORASI INTERAKSI MASYARAKAT TERHADAP GOLONGAN KURANG UPAYA DI INSTITUSI MASJID

Norsaadah Din @ Mohd Nasirudin, Hasliza Talib, Siti Zaleha Ibrahim

Abstract


Penulisan ini menekankan kolaborasi interaksi masyarakat terhadap golongan kurang upaya (OKU) di intitusi masjid. Terdapat golongan yang memandang rendah serta memberi layanan yang buruk kepada golongan OKU ini walaupun berada di institusi masjid seolah-olah golongan OKU ini tidak layak diberi layanan yang baik dan saksama. Layanan buruk yang mereka terima menyebabkan emosi mereka terganggu dan akan memberi impak yang negatif kepada mereka untuk beribadat di masjid.  Hal ini bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W yang menganjurkan supaya memberi layanan yang baik kepada sesama manusia apatah lagi kepada saudara yang lemah seperti golongan ini. Oleh demikian, kertas kerja ini akan mengkaji bentuk permasalahan yang mereka hadapi di insitusi masjid dengan menggunakan metod kualitatif temubual dan analisis dokumentasi. Harapan hasil kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai masalah yang dihadapi OKU supaya mereka dapat menyantuni golongan berkenaan, dengan memberikan hak bersama dalam menjaga keutuhan institusi masjid.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.