PSIKOLOGI TINGKAH LAKU SEKS YANG BERBAHAYA DALAM KALANGAN LELAKI DEWASA MALAYSIA YANG BELUM BERKAHWIN (Psychology of Dangerous Sex Behaviour among Unmarried Malaysian Male Adults)

Danish Yusrie Mohd Khairul, Mohammad Rahim Kamaluddin

Abstract


Penularan jenayah seksual yang disebabkan oleh tingkah laku seksual yang berbahaya memberi impak negatif kepada pembentukan komuniti yang sihat. Oleh yang demikian, kajian lanjut yang melibatkan aspek dalaman seperti faktor psikologi perlu dikaji bagi mengenalpasti tret-tret psikologi yang mendorong ke arah tingkah laku seks yang berbahaya dan berlebihan dalam seseorang individu. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina sebuah profil psikologi ketagihan seks dalam kalangan lelaki dewasa Malaysia yang belum berkahwin. Demi mencapai objektif utama kajian ini, dua objektif khusus telah direka iaitu penjanaan profil tingkah laku seksual dan juga mengenalpasti perbezaan signifikan skor min profil psikologi mengikut jenis tingkah laku seksual yang dilakukan dalam kalangan responden. Kajian ini dilakukan melalui kaedah kuantitatif iaitu metod survei dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi profil tingkah laku seksual, Depression, Anxiety and Stress Scales (DASS-21), Zuckerman Kuhlman Personality Questionnaire-40-Cross-Culture (ZKPQ-M-40-CC) dan Self-Control Scale (SCS-M). Borang soal selidik ini diedarkan kepada 120 orang responden dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Hasil dapatan kajian ini yang dianalisis menggunakan Ujian T Sampel Bebas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam skor min profil psikologi (Impulsive Sensation Seeking, Neuroticism-Anxiety, Kebimbangan, Kemurungan dan Tekanan) bagi kebanyakan jenis tingkah laku seksual yang ditunjukkan oleh responden. Dapatan kajian ini dibincangkan dalam konteks psikologi dan juga tingkah laku seksual. Dapatan kajian ini mampu memberikan input yang berguna kepada pihak psikologi, klinikal dan juga kaunseling bagi tujuan pembangunan rawatan dan intervensi untuk masalah-masalah yang berkaitan dengan tingkah laku seksual. 

____________________

The widespread of sexual crimes which are caused by dangerous sexual behavior leads to negative impacts towards development of a healthy community. Further studies involving internal aspects such as psychological factors need to be taken into account in order to identify traits which underlie dangerous sexual behavior. The aim of this study was to develop psychological sex addiction profiles among unmarried Malaysian adult males. In order to achieve the main objective of this study, two specific objectives have been designed, namely the development of sexual behavior profiles and also to identify significant differences in the mean scores of the psychological profiles according to the dangerous sexual behaviour exhibited by the respondents. This study was carried out by employing a quantitative method; a survey method using a questionnaire which comprised of sexual addiction profiles section, Depression, Anxiety and Stress Scales (DASS-21), Zuckerman Kuhlman Personality Questionnaire-40-Cross-Culture (ZKPQ-M-40-CC) and Self-Control Scale (SCS-M). The questionnaire was distributed to 120 respondents using a simple random sampling method. The findings of this study which were analyzed using the Independent Samples T-Tests showed that there was a significant difference in the mean score of the psychological profile (Impulsive Sensation Seeking, Neuroticism, Anxiety, Depression and Stress) for the most of the dangerous sexual behavior exhibited by the respondents. The results of this study was discussed in relation to psychological and sexual behavior contexts. This study provides valuable input to psychologists, clinicians and counselors in order to provide treatment and intervention plans related to sexual behavior problems. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia