PENGETAHUAN IBU BAPA DI KAWASAN DENGKIL BERKENAAN PEDOFILIA TERHADAP KANAK-KANAK (Parents’ Knowledge in Dengkil Area Regarding Pedophilia against Children

Nur Saadah Mohamad Aun, Siti Aishah Mohd Yusof

Abstract


Kanak-kanak sering menjadi mangsa penderaan termasuklah melibatkan pedofilia. Justeru, pengetahuan ibu bapa adalah penting terutama dalam penyalahgunaan kanak-kanak untuk tujuan seksual seperti pedofilia. Kajian ini dijalankan bagi meneroka pengetahuan ibu bapa berkenaan pedofilia. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur. Seramai tujuh orang informan yang terdiri daripada ibu bapa yang tinggal di kawasan Pekan Dengkil telah ditemu bual. Data bagi kajian ini dianalisis secara analisis tematik bagi meneroka pengetahuan ibu bapa berkenaan pedofilia terhadap kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan ibu bapa masih lagi kurang berdasarkan kepada pengetahuan mereka mengenai istilah, kewujudan kes dan umur sasaran mangsa pedofilia. Hasil kajian juga menyatakan bahawa umur bagi mangsa pedofilia ini diperoleh berdasarkan pendapat dan pengalaman informan dalam mengikuti perkembangan kes pedofilia yang pernah dilaporkan di kaca televisyen, akhbar mahupun internet. Majoriti daripada informan berpendapat bahawa kanak-kanak di peringkat sekolah rendah sememangnya merupakan individu yang berpotensi tinggi menjadi mangsa berbanding individu dewasa disebabkan faktor kenaifan serta kurangnya pengetahuan. Sehubungan itu, kepekaan dari segi pengetahuan ibu bapa amat penting bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.

_________________________________

Children are often being victims of abuse, including pedophilia. Hence, the knowledge of parents is very important, especially in abusing children for sexual purposes such as pedophilia. This study conducted to explore knowledge of parents regarding pedophilia. The research design used was qualitative by using semi-structured interviews. Seven informants who were parents stayed in Dengkil town were interviewed. The data were analyzed by using thematic analysis to explore knowledge of parents regarding pedophilia against children. The results showed that the knowledge among parents were lack based on their respond to the term, the existence cases of pedophilia and the age of the target victims. This study also stated that the age of the victims was obtained based on their opinions and experiences in following up cases of pedophilia that have been reported on television, newspapers or the internet. The majority of the informants thought that children in primary schools have always been high-potential individuals as victim than adults due to their naïve attitude and lack of knowledge. Accordingly, the sensitivity in terms of parents’ knowledge was very important to ensure the safety of children.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia