TEKNOLOGI PENDORONG KEPADA TRANSFORMASI CORAK PENULISAN BERITA PILIHAN RAYA MALAYSIA (Technology Propellant for the Transformation of Election News Writing Patterns in Malaysia)

Dr. Mohd Zuwairi Mat Saad, Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa

Abstract


Berita memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat dari aspek sosial, ekonomi mahupun politik dengan menggunakan konsep asal corak penulisan berita pada awalnya. Kini corak penulisan telah mengalami transformasi. Secara global, perubahan corak penulisan berita telah lama berlaku di negara-negara barat sejak tahun 1930-an terutamanya berita yang berkaitan dengan pilihan raya yang membingkaikan isu-isu politik. Corak penulisan konvensional yang masih menjadi pegangan sehingga kini, wartawan menggunakan konsep deskriptif dengan memberi penekanan kepada 5W1H. Akan tetapi kini, pengkaji tempatan turut menemukan bahawa corak penulisan wartawan mula mengalami perubahan dengan memasukkan elemen-elemen interpretif seperti ‘menganalisis’, ‘menerangkan’ dan ‘menilai’ dalam corak penulisan berita di Malaysia. Malah penekanan bukan hanya terhadap isu akan tetapi pelaporan berita mengenai sosial, politik dan budaya lebih memberi penekanan kepada proses memaklumkan dan menerangkan sesuatu maklumat kepada khalayak. Oleh itu, kajian ini akan menumpukan kepada faktor-faktor yang menyebabkan perubahan corak penulisan ini berlaku. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual mendalam terhadap enam orang wartawan untuk menjawab persoalan kajian. Informan bagi temu bual bersemuka ini ialah pengamal media Malaysia iaitu wartawan akhbar cetak (Utusan Malaysia dan Berita Harian) daripada latar belakang, peranan yang berbeza dan berpengalaman dalam kewartawanan politik. Wartawan yang dipilih untuk kajian ini merupakan wartawan semasa atau bekas wartawan yang menulis artikel atau laporan berita mengenai isu semasa pilihan raya dari akhbar cetak merupakan informan kajian ini. Hasil kajian melalui temu bual mendalam menemukan bahawa perubahan corak penulisan adalah disebabkan faktor dalaman dan luaran dan melibatkan tujuh faktor secara keseluruhan. Tujuh faktor adalah seperti pengaruh corak pemberitaan, kepentingan organisasi, kemahiran wartawan, corak politik, corak pemikiran masyarakat, teknologi, kelahiran wartawan warga.

______________________

News plays an important role in disseminating information on the social, economic or political aspect, using the original concept at first. Now writing pattern has undergone a transformation. Globally, since the 1930s, changing patterns of news writing has long been accepted in western countries, especially news related to framing electoral political issues. The conventional style of writing is still be holding up till now, journalists use a descriptive concept with emphasis on 5W1H. But now, researchers also found that the pattern of local reporters write up are being amended by inserting interpretive elements such as 'analyze', 'explain' and 'evaluate' in the pattern of news writing in Malaysia. In fact, the emphasis is not only on the issue but the news reporting are about the social, political and cultural aspect emphasis more on the process to inform and explain information to the audience. Therefore, this study will focus on the factors that cause changes in the pattern of writing that occurs. This study used in-depth interviews with six reporters to answer the research questions. The reporters are Malaysian media practitioner of the print newspaper (Utusan Malaysia and Berita Harian) and they were being interviewed on the background, different roles and experience in political journalism. Journalists who were selected for this study were current or former journalist journalists who write articles or news reports on the issue during the election of a printing press informants in this study. The results of the study through in-depth interviews found that the change in the pattern of writing is due to internal and external factors and involved seven factors overall. Seven factors that influence the pattern are influences in style of reporting, interest organizations, the skills of journalists, political pattern, the mindset of society, technology and the emergence of citizen journalists.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia