PERALIHAN VOKAL /i/, /o/ DAN /a/ DALAM DIALEK MELAKA (The shift of vowels /i/, /o/ and /a/ in Malacca Dialect)

Nursuhada Saufi, Ummielmassyuria Zulkipli, Nurul Zafirah Amran, Amirah Ayuni Muslim, Farah Nur Amira Hasmat

Abstract


Kajian ini membincangkan peralihan vokal dialek Melayu Melaka di kawasan Kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak. Data diperolehi daripada sesi temu bual bersama tiga orang informan. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan kerangka teori Struktural. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua proses peralihan vokal yang penting melibatkan perendahan vokal dan peninggian vokal. Proses perendahan dan peninggian vokal dari aspek fonologi tidak begitu dihiraukan atau kurang diberikan perhatian untuk dibincangkan secara mendalam dalam dialek Melayu Melaka (DMM). Justeru, dalam penulisan ini memfokuskan tentang tiga proses peralihan yang berlaku dalam dialek ini iaitu perendahan vokal, peninggian vokal dan perubahan kepada vokal tengah. Hasil analisis yang telah dilakukan menunjukkan vokal depan tinggi /i/ mengalami proses perendahan vokal menjadi /e/. Proses peninggian vokal belakang separuh tinggi /o/ menjadi vokal tinggi /u/ manakala vokal depan rendah /a/ berubah menjadi vokal tengah /ə/ atau vokal schwa. Kesan daripada proses perendahan, peninggian dan vokal tengah ini, menyebabkan terdapat beberapa perbezaan bunyi yang berlaku dalam DMM semasa bertutur namun masih juga mengekalkan sebutan dialek Melayu seperti Bahasa Melayu Standard. Secara keseluruhannya, peralihan vokal dalam DMM mampu menjadi satu kajian baharu oleh pengkaji dan menghuraikan proses peralihan yang berlaku dalam DMM secara berpada.

_______________

 

This study discusses the shift of vowels in Malacca Dialect of Malay in Kampung Sungai Kertah, Pengkalan Balak. Data obtained from the interview sessions where three informants were interviewed. All data that found analyses by Structural Concept. In the Malay language, there are two important vocal transition process involves humiliation and exaltation vocals. The process of humiliation and exaltation vocals from phonology aspects are not so ignored or given less attention to be discussed in depth in the Malacca Malay dialect (DMM). Thus, in this paper focuses on three transition process that occurs in this dialect of humiliation vocal, vocal enhancement and changes to the vocal middle. The results of the analysis show high front vowel / i / to undergo a process of humiliation vowel/ e /. Behind peaking middle vowel / o / a high vowel / u /, while a front vowel / a / is transformed into vowel / ə / or vocal schwa. The effect of the humiliation, exaltation and vocal middle of this, there are some differences cause noise that occurs in the current DMM speak but still retained the Malay dialects such as Malay Standard. Overall, transition vowel in DMM is capable of being a new study by researchers and describe the transition process that occurs in DMM is not unreasonable.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia