KEBAKARAN HUTAN DAN ISU PENCEMARAN UDARA DI MALAYSIA: KES JEREBU PADA OGOS 2005

Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md Hashim

Abstract


Pencemaran udara di Malaysia khususnya episod jerebu mempunyai pertalian kuat dengan
kehadiran titik panas yang dicerap daripada imej satelit Pulau Sumatra, Indonesia. Kajian lepas
telah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Niño
dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatra menjadi faktor
penyebab dan penggalak episod jerebu di Malaysia. Makalah ini cuba menganalisis bencana
jerebu terhadap manusia dan alam sekitar di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada episod
jerebu bulan Ogos 2005. Dengan menggunakan kaedah pemetaan kontur GIS, taburan kepekatan
jerebu atau pmakalah ampaian yang bersaiz kurang daripada 10 mikron ( PM10) diplotkan bagi
kawasan Semenanjung Malaysia. Analisis data satelit NOAA-14 dari bulan Jun hingga Ogos
2005 menunjukkan bilangan titik panas yang mewakili kawasan litupan hijau yang terbakar di
Sumatra Timur berjumlah lebih daripada 250 lokasi. Pergerakan angin barat daya yang lemah
telah memburukkan keadaan jerebu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Dapatan awal ini
menunjukkan terdapat tren perubahan kepekatan pencemar akibat daripada perubahan arah dan
kelajuan angin lazim barat daya semasa episod berkenaan. Diharapkan kajian ini dapat
menyediakan asas maklumat pemodelan episod jerebu pada masa akan datang terutamanya kesan
jerebu terhadap sektor ekonomi utama Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia