PEMBANDARAN DAN PERKEMBANGAN WILAYAH METROPOLITAN LANJUTAN LEMBAH KLANG-LANGAT, MALAYSIA

Katiman Rostam

Abstract


Proses globalisasi ekonomi dan pembandaran yang pesat sedang berlaku di sekitar
wilayah metropolitan di Asia Tenggara. Di Malaysia, Lembah Klang-Langat ialah
sebuah wilayah metropolitan lanjutan (WML) yang pesat berkembang. Proses rebakan
bandar ke pinggiran kini cenderung untuk menuju ke arah koridor selatan. Makalah ini
bertujuan untuk membincang perkembangan ekonomi pembuatan dan perkhidmatan
serta impaknya terhadap pembandaran petempatan di pinggiran WML Lembah Klang-
Langat. Analisis data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia serta laporan ekonomi
yang berkaitan daripada pelbagai sumber menunjukkan bahawa walaupun proses
pembangunan ekonomi bandar dan pembandaran masih berlaku di pusat, tetapi wujud
kecenderungan untuk menyebar ke kawasan pinggir Lembah Klang-Langat.
Pengukuhan fungsi bandar raya metropolitan Kuala Lumpur dengan menawarkan
pelbagai perkhidmatan pengeluar moden seperti pusat penyelidikan, pengkomputeran,
perbankan, penghantaran pantas, insurans yang dipermudahkan dengan teknologi
terkini telah mewujudkan kesan ekonomi pembandaran yang penting kepada proses
pengeluaran di wilayah tersebut. Kini semakin banyak ibu pejabat pengurusan
korporat ditubuhkan di zon teras dan dalaman WML Lembah Klang-Langat. Manakala
aktiviti pembuatan dan perkhidmatan awam cenderung untuk berpindah ke pinggiran.
Perkembangan ini telah dikuti oleh pertumbuhan penduduk dan pembandaran yang
pesat di zon luaran wilayah tersebut. Perpindahan ini mencetuskan pertumbuhan
kawasan perumahan dan perkembangan bandar kecil yang terancang di pinggiran.
Bagaimanapun ciri petempatan ini amat berbeza dengan fenomena yang dikenali ramai
penulis sebagai desakota yang pernah wujud di beberapa bandar lain di Asia Tenggara.
Walaupun belum mencapai status bandar raya mega, namun peluasan sempadan tepu
bina WML ini telah membentuk sebuah konurbasi yang unggul di rantau ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia