DOKTRIN BUSH: SATU ANALISIS HEGEMONI BERIDEOLOGI GRAMSCI

Muhamad Takiyuddin Ismail

Abstract


Doktrin Bush yang dikenalpasti melalui dokumen The National Security Strategy
of The United States (2002) dihasilkan selepas Amerika Syarikat (AS) dikejutkan
dalam serangan 11 September 2001, atau lebih dikenali sebagai “9/11”. Dua teras
utama doktrin tersebut, iaitu konsep serangan awal dan konsep pertukaran rejim,
telah menimbulkan perdebatan hebat mengenai corak dasar luar yang ingin
dipraktikkan AS di bawah pentadbiran Bush. Memandangkan ramai sarjana
beranggapan bahawa matlamat utama doktrin tersebut ialah untuk menjamin
hegemoni AS dalam politik antarabangsa, maka. adalah penting satu kajian
dilakukan bagi menganalisis hubungan antara Doktrin Bush dan teori hegemoni
berideologi yang diperkenalkan oleh tokoh pemikir Marxis Itali, Antonio
Gramsci (1891-1937). Berdasarkan perbincangan, Doktrin Bush dilihat telah
gagal mencapai matlamatnya dan mengalami proses hegemoni balas yang kuat
berikutan kekacauan yang berterusan dalam perang di Iraq.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia