TAHAP PENGETAHUAN DAN POLA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL DI KALANGAN PESAKIT: KAJIAN KES DI HOSPITAL UKM (Knowledge Awareness and Utilisation Pattern on Social Work Services among Patient: Case Study in UKM Hospital)

Mohd Suhaimi Mohamad

Abstract


Artikel ini didasarkan kepada satu kajian yang telah dilakukan untuk mengukur tahap
pengetahuan pesakit yang menerima perkhidmatan kerja sosial perubatan. Pengkaji
mengandaikan bahawa tahap pengetahuan pesakit mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang
ada di Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) mempengaruhi kemungkinan mereka menggunakan
khidmat yang ditawarkan itu. Akan tetapi pengetahun dan penggunaan khidmat turut ditentukan
oleh latar belakang demografi dan sosio-ekonomi pesakit. Kajian ini dianggap penting
terutamanya dalam membantu JKSP menentukan fokus bantuan untuk pesakit. Data diperolehi
melalui temubual terhadap 220 responden yang merupakan pesakit di HUKM dari Januari 2002
hingga Disember 2002. Mereka terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang etnik, umur,
gender, tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan
pesakit di HUKM adalah sederhana dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan etnik,
umur, tahap pendidikan, pendapatan dan status pekerjaan yakni pada nilai p<.05. Kebanyakkan
pesakit yang dirujuk adalah penghidap penyakit kronik yang memerlukan bantuan praktikal dan
kewangan. Pola penggunaan perkhidmatan kerja sosial masih dibelenggu oleh pandangan bahawa
JKSP berfungsi seperti jabatan kebajikan semata-mata walaupun jabatan berkenaan menawarkan
pelbagai khidmat kerja sosial lain yang berfungsi membantu pemulihan pesakit dan keluarga
mereka.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia