MUATAN SEDIMEN TERAMPAI DAN PERKAITANNYA DENGAN PENGHASILAN MUATAN SEDIMEN PADA MUSIMKERING DAN HUJAN DI TASIK CHINI, PAHANG (Suspended Sediment Loads and its Relationship with the Production of Sediment load During Dry and Wet Seasons in Tasik Chini, Pahang)

Nurul Syazwani Ab Rani, Mohd Ekhwan Hj Toriman, Mushrifah Hj Idris, Nor Rohaizah Jamil, Mohd Khairul Amri Kamarudin

Abstract


Hasil muatan sedimen terampai dari Sungai Chini yang merupakan salah satu daripada sungai
pembekal aktif Tasik Chini, Pahang telah dikaji berdasarkan 3 stesen persampelan pada musim
normal dan musim hujan. Pencerapan data pada musim normal dilakukan pada 16/08/08,
31/08/08 dan 13/09/08. Manakala, pada musim hujan pada 4/12/08, 25/12/08 dan 25/01/09. Dua
parameter telah diukur, iaitu nilai luahan (Q) sungai m3/s dan konsentrasi sedimen (mg/L). Pada
musim normal anggaran Q di ketiga-tiga stesen adalah 48, 608, 640 L/ hari, 86, 875, 200 L/ hari
dan 95, 264, 640 L/ hari. Manakala, pada musim hujan anggaran Q adalah 66,795,840 L/ hari,
381,801,600 L/ hari dan 300,888,000 L/ hari. Konsentrasi muatan sedimen terampai yang
direkodkan di ketiga-tiga stesen pada musim normal dan hujan juga menunjukkan nilai yang
berbeza. Pada 16/08/08, muatan sedimen yang direkodkan di ketiga-tiga stesen adalah 17.2 mg/L,
42 mg/L dan 22.4 mg/L. Seterusnya, 32.8 mg/L, 37.6 mg/L, 36.8 mg/L pada 31/08/08 dan pada
13/09/08 muatan sedimen terampai adalah 17.6 mg/L, 38.4 mg/L dan 38.8 mg/L. Manakala, pada
musim hujan nilai muatan sedimen terampai pada 4/12/08 adalah 28.8 mg/L, 56 mg/L dan 71.2
mg/L. Pada 25/12/08 muatan sedimen terampai adalah 21.6 mg/L, 19.6 mg/L dan 39.2 mg/L dan
20.8 mg/L, 42.8 mg/L dan 36 mg/L pada 25/01/09. Secara puratanya, apabila nilai muatan
sedimen terampai ditukarkan kepada penghasilan muatan sedimen per tahun ialah 20,984.52
kg/km2/tahun (20.65 tan/km2/tahun) pada musim normal dan 86,248.68 kg/km2/tahun (84.88
tan/km2/tan).


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.