PEMBANGUNAN TANAH HUTAN DAN FENOMENA BANJIR KILAT: KES SUNGAI LEMBING, PAHANG (Land forest development and flash flood phenomenon: A case of Sungai Lembing, Pahang)

Noorazuan Md Hashim, Sulong Muhamad, Kadaruddin Aiyub, Norhayati Yahya

Abstract


Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat (kurang daripada 6 jam) berupaya untuk
meningkatkan paras air sungai secara mendadak. Kebanyakan banjir kilat yang berlaku memberi
perhatian kepada banjir di kawasan tanah rendah. Bagaimanapun, kajian di Sungai Lembing yang
terletak di kawasan tanah tinggi, lebih kurang 45 km dari pinggir pantai Pahang telah dipilih sebagai
kawasan kajian. Kajian ini cuba meneliti kesan perubahan guna tanah dan perubahan hidrologi di
Lembangan Sg Kuantan bermula pada 1980 sehinggalah pada tahun 2002. Kajian ini mendapati
penyahhutanan kawasan tanah tinggi (khususnya pada tahun 1990-2000) telah mengubah entiti kitaran
hidrologi lembangan dan juga mengubah aliran rendah sungai berkenaan. Modifikasi alur termasuk
pelurusan sungai dan pembinaan tebing konkrit meningkatkan puncak luahan di kawasan tanah
rendah terutamanya di Jalan Panching dan Sg Isap, Kuantan. Pengurangan litupan vegetasi di tanah
tinggi juga telah mengurangkan masa memuncak hidrograf. Hasil soalselidik dan temubual penduduk
dan pengusaha chalet juga telah mengesahkan faktor aktiviti pembalakan haram merupakan faktor
pencetus kepada banjir kilat di kawasan tersebut


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia