PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA

RADHA NAMBIAR, NORAINI IBRAHIM, PRAMELA KRISH

Abstract


Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah semakin merosot kebelakangan ini.
Menurut Chapman (2006), seramai 20,000 pelajar Tahun Enam telah dikenal pasti mempunyai
kemahiran literasi yang lemah. Kelemahan membaca dan menulis merupakan punca utama
pencapaian yang sangat rendah. Keadaan ini menjadi pemangkin kajian untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini. Makalah ini adalah sebahagian daripada kajian
kelompok payung yang menumpu perhatian kepada penggunaan strategi pembelajaran dalam
kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Dua di negeri Johor Darul Takzim. Seramai 315 orang
pelajar dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan luar bandar telah
mengambil bahagian dalam kajian ini. Soal-selidik berkaitan dengan penggunaan strategi
pembelajaran menjadi instrumen utama kajain ini dan perisian SPSS Versi 14 telah digunakan
untuk menganalisis data. Temu duga secara tidak formal bersama pelajar dan guru dijalankan
untuk mengukuhkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan strategi dalam
kalangan pelajar tidak memberangsangkan dan strategi yang popular merupakan strategi-strategi
yang tidak memerlukan pertimbangan dan pemikiran yang analitis. Sebagai penutup, makalah ini
mengesyorkan beberapa cadangan untuk membaiki kelemahan kemahiran membaca dalam
kalangan pelajar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia