SISTEM PENTERNAKAN HAIWAN SECARA PAWAH: PERMASALAHAN DARI SUDUT SYARIAH (Pawah farming system from Sharia perspective)

Mohd Rofaizal Ibhraim, Muhammad Yosef Niteh, Maad Ahmad

Abstract


Sistem ternakan pawah ialah sistem ternakan yang diwarisi dari generasi terdahulu dalam masyarakat Melayu. Sistem ternakan pawah yang diamalkan pada hari ini sama ada dalam bentuk syarikat secara besar-besaran atau individu atau kelompok perlu diberi takyif fiqhi. Kajian ini dilakukan adalah untuk memberikan pandangan Syarak terhadap beberapa isu gharar dan pelanggaran larangan yang disunnahkan oleh Nabi Muhammad SAW, khususnya dalam sistem ternakan pawah secara komersial. Selain itu, kajian ini bertujuan menilai hubungan antara pengusaha dengan pemilik ternakan dari sudut pembahagian hasil, tanggungan kos penyelenggaran, syarat-syarat dan penanggungan risiko. Hasil kajian mendapati bahawa pembahagian keuntungan dalam sistem ternakan pawah boleh disesuaikan dengan akad mudharabah atau akad ujrah atau musyarakah setelah menilai syarat-syarat berkaitan hak-hak dan tanggungjawab peserta dan pengusaha, pembahagian keuntungan, penanggungan risiko dan kos.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia