PERUBAHAN AKAL BUDI POLITIK MELAYU DARIPADA FEUDALISME KE LIBERALISASI (The Changes Of Malay Political Mind From Feudalism To Liberalisation)

Junaidi Awang Besar, Mohd. Fuad Mat Jali, Noor Aziah Mohd Awal, Nor Hashimah Jalaluddin, Mohd. Fauzi Mohd Jani, Nik Hairi Omar, Mohamad Rodzi Abd. Razak

Abstract


Kajian ini bertitik tolak daripada tesis tentang konflik yang melanda masyarakat Melayu hari ini apabila warisan sosioekonomi dan politik Melayu tulen yang diwarisi sejak zaman kolonial telah berubah dan berlaku kecairan semasa melalui proses globalisasi. Fenomena tersebut memberikan ruang untuk mengkaji status perubahan pemikiran politik Melayu dari politik feudalisme hinggalah ke politik liberalisasi/era globalisasi. Justeru, adalah menjadi hasrat penulisan artikel ini untuk mengkaji aspek-aspek perubahan tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data soal selidik terhadap 1,200 responden bangsa Melayu di 4 zon iaitu Kelantan (Zon Timur), Pulau Pinang (Zon Utara), Selangor (Zon Barat/Tengah) dan Johor (Zon Selatan) dan kajian sekunder terhadap bahan-bahan akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati majoriti responden menyatakan „politik‟ penting kepada kehidupan mereka kerana politik akan menentukan halatuju dan kuasa perjuangan agama, bangsa dan negara. Namun demikian, majoriti responden menyatakan „politik baru‟ iaitu politik nilai seperti ketelusan, keadilan dan integriti lebih sesuai diterapkan dalam budaya politik di negara ini berbanding „politik lama‟ dan ketelusan dalam berpolitik mencerminkan budaya politik yang matang dan rasional. Seterusnya 66.5 peratus responden menyatakan sumber media baru membentuk pemikiran dan tingkahlaku politik mereka. Justeru, Orang Melayu mesti bersatu tanpa mengira fahaman politik dan sentimen untuk memastikan kuasa politik Melayu terus kekal di negara ini.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.