EXPLORATORY FACTOR ANALYSIS (EFA) BAGI PARENTAL SLEEP ATTITUDES SCALE (PSAS) VERSI BAHASA MELAYU (Exploratory Factor Analysis For Parental Sleep Attitudes Scale in Malay Langguage Version)

Suwaibah Zakaria, Suzana Mohd Hoesni, Roseliza Murni Ab Rahman, Zainah Ahmad Zamani

Abstract


Tidur merupakan satu keperluan penting bagi kanak-kanak. Tanpa tidur yang cukup, perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya akan terganggu. Ia dapat dipengaruhi oleh corak aturan tidur yang dipilih oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Corak aturan tidur merujuk pada lokasi di mana kanak-kanak tidur. Memandangkan kanak-kanak adalah individu yang masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga mereka, maka sikap ibu bapa atau penjaga terhadap corak aturan tidur akan mempengaruhi bagaimana pengurusan tidur kanak-kanak dan sekaligus mempengaruhi kuantiti dan kualiti tidur mereka. Kajian ini bertujuan untuk menilai aspek psikometrik bagi instrumen Parental Sleep Attitudes Scale (PSAS) versi bahasa Melayu. Instrumen ini digunakan untuk mengukur sikap dan pandangan ibu terhadap corak aturan tidur kanak-kanak. Instrumen ini terbahagi kepada dua komponen yang mengukur sikap terhadap corak tidur bersendirian dan tidur bersama. Keseluruhan skala mengandungi 16 item. PSAS telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan menggunakan prosedur back to back translation yang diperkenalkan oleh Brislin. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 154 ibu bekerja di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Keputusan exploratory factor analysis (EFA) mendapati 15 daripada 16 item tersebut adalah diterima kerana nilai factor loading melebihi 0.6. Walau bagaimanapun, daripada enam komponen yang terbentuk, hanya komponen 1 dan 2 sahaja yang mempunyai nilai alpha cronbach minimum 0.7 dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Ini bermakna, untuk konteks tempatan, instrumen ini perlu disusun komponen dan itemnya kembali sebelum digunakan untuk tujuan kajian yang sebenar.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia