DAYA TAHAN BELIA: PENGARUH HUBUNGAN PERAPATAN DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN (Youth Resiliency: Attachment Factor in Familial Institution)

Siti Hajar Kamaruddin, Jamiah Manap, Haslinda Abdullah, Turiman Suandi

Abstract


Kehadiran elemen pelindung dalam proses perkembangan diri belia menyumbang kepada pembangunan belia yang positif. Salah satu elemen pelindung yang menyumbang kepada pembinaan daya tahan belia dan sering dibincangkan dalam kebanyakan kajian lepas ialah hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam elemen pelindung luaran iaitu hubungan perapatan dalam insitusi kekeluargaan yang menyumbang kepada pembinaan daya tahan belia dalam kalangan usahawan lepasan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Kuala Lumpur. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif generik berpandukan kajian fenomenologi dengan menggunakan kaedah pengumpulan data temu bual secara mendalam (in-depth) dan separa berstruktur (semi structured), kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan kepada kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati bahawa hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan yang melibatkan aspek sokongan daripada ibu bapa, adik-beradik, keluarga besar (extended family) dan pasangan menyumbang kepada pembinaan daya tahan para informan. Pembinaan daya tahan ini membolehkan para informan berupaya membangun dengan positif dan mengubah status sosioekonomi melalui perniagaan dalam bidang kemahiran. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi cetusan idea dan inspirasi kepada semua pihak dalam membentuk golongan belia yang berdaya tahan bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia