PENILAIAN ARAS INTERAKSI TUAN RUMAH - PELANCONG ANTARABANGSA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN: KAJIAN KES DI PERSIARAN JONKER, MELAKA (Interaction Level Assessment of Host – International Tourists in the Services Sector: A Case Study in Jonker Street, Melaka)

Ng Sheue Li, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh

Abstract


Perkhidmatan yang ditawarkan oleh tuan rumah yang unik dan mesra kepada pelancong antarabangsa mampu menarik kedatangan pelancong untuk melawat ke suatu tempat terutamanya di negeri Melaka yang telah diiktirafkan sebagai tapak warisan bersejarah UNESCO. Daripada senario di atas, timbul tanda tanya apakah produk perkhidmatan yang diminta oleh pelancong antarabangsa dan mampu ditawarkan oleh tuan rumah kepada pelancong antarabangsa. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauh mana pengaruh tuan rumah kepada pelancong antarabangsa dalam sektor perkhidmatan di Persiaran Jonker. Kajian ini merangkumi 100 orang tuan rumah dan 150 orang pelancong antarabangsa. Hasil kajian menunjukkan interaksi tuan rumah dengan pelancong antarabangsa dalam sektor perkhidmatan memperolehi min purata 3.79 yang mana pelancongan antarabangsa berpuas hati untuk berinteraksi dengan tuan rumah dalam sektor perkhidmatan. Antara produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh tuan rumah ialah, penginapan, tempat agama, pengangkutan, kemudahan, restoran/kafe, cara melayan dan lain-lain perkhidmatan. Secara ringkasnya, produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh tuan rumah di Persiaran Jonker semasa berinteraksi dengan pelancong antarabangsa amat dinikmati oleh pelancong antarabangsa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia