MEMBANGUNKAN PROGRAM ECO-AGRO-EDU HOMESTAY: KAJIAN KES DI KG. RAWA, NEGERI SEMBILAN (Developing program ECO-AGRO-EDU of homestay: A case study at Kg. Rawa, Negeri Sembilan)

Maisarah Mohd Rabu, N. M. Tawil, Habibah Ahmad, Abdul Rahman Mohd Rabu

Abstract


Industri pelancongan homestay dilihat sebagai salah satu nadi penggerak ekonomi negara kerana ianya penyumbang kepada pendapatan di negara Malaysia khususnya. Dalam rangka membangunkan industri tersebut, banyak kawasan yang mempunyai keunikan semula jadi dimajukan bagi tujuan pelancongan. Objektif kajian bertujuan untuk meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi komuniti Homestay melalui pendedahan Eco, Agro dan Edu Tourism di Kampung Rawa, Negeri Sembilan serta kajian ingin mengenal pasti penggunaan sumber yang digunakan secara oleh pengusaha homestay. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan borang soal selidik bagi menyelesaikan kajian ini. Data telah dianalisis menggunakan aplikasi SPSS. Pengusaha homestay dilihat telah mengambil manfaat di atas keindahan dan suasana kampung bagi menarik pelancong luar mahupun tempatan. Kesimpulannya, program homestay adalah platform terbaik untuk memperkenalkan budaya warisan Melayu lebih mampan serta mampu bersaing dengan negara maju yang lain serta memberikan impak positif kepada masyarakat, ekonomi dan Negara.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia