KEPUASAN PELANCONG TERHADAP LAYANAN SELAMAT DATANG KE HOMESTAY URANG JAWA BARAT (Tourist satisfaction on the Welcome Hospitality of Urang Sunda Homestay in West Jawa)

Kiki Rizki Makiya, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Er Ah Choy

Abstract


Homestay menjadi salah satu produk pelancongan yang perlu menyediakan layanan untuk memberikan kepuasan kepada pelancong. Dalam homestay, layanan menjadi salah satu faktor penting untuk memperoleh kepuasan pelancong kerana tuan rumah berinteraksi secara langsung., di mana kepuasan merupakan salah satu faktor yang menyokong kepada sektor pembangunan pelancongan. Makalah ini bertujuan untuk  mengkaji apakah layanan sambutan pada homestay Urang Sunda dapat memberikan kepuasan kepeada pelancong. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan sebanyak 300 soal selidik kepada responden yang menginap di homestay Urang Sunda. Kajian ini mengukur lima karakteristik Urang Sunda iaitu cageur (sihat), bageur (baik), bener (benar), singer (introspektif) dan pinter (pintar), pada setiap peringkat, iaitu peringkat individu, peringkat komuniti dan peringkat sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa karakteristik Urang Sunda dapat terserlah dalam layanan sambutan homestay dan setiap peringkat menunjukkan nilai yang tinggi yang konsisten.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia