FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN AKHLAK YANG BERKESAN UNTUK PESALAH KANAK-KANAK (Factors Involved in Implementing Effective Moral Rehabilitation Programmes for Child Offenders)

Hezzrin Mohd Pauzi, Nor Jana Saim, Norulhuda Sarnon @ Kusenin, Mohammad Rahim Kamaluddin

Abstract


Program pemulihan untuk pesalah kanak-kanak merupakan satu perkhidmatan pemulihan akhlak yang disediakan untuk kanak-kanak yang telah melakukan kesalahan atau jenayah. Program ini perlulah dilaksanakan dengan berkesan agar pesalah kanak-kanak ini tidak lagi mengulangi kesalahan atau jenayah kelak. Oleh itu, artikel ini membincang tentang faktorfaktor pelaksanaan program pemulihan akhlak kanak-kanak yang berkesan. Antara faktorfaktor dibincangkan dalam artikel ini adalah kemudahan fizikal, kemahiran pelaksana program, sikap pelaksana program, proses pengajaran, sokongan pentadbir serta penilaian program. Metodologi kajian ini adalah berasaskan analisis kandungan iaitu melalui pembacaan artikel-artikel dan buku-buku yang berkaitan pelaksanaan program pemulihan akhlak yang berkesan. Perbincangan ini bermanfaat dari sudut kerja sosial dan kepenjaraan khususnya dalam bidang pemulihan akhlak yang melibatkan pesalah kanak-kanak. Ianya satu perbincangan yang penting dalam praktis kerja sosial yang mana dapat membantu pelaksanapelaksana program dan pekerja-pekerja sosial bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pemulihan akhlak di Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia