IMPLIKASI PERUBAHAN PEMBANGUNAN BANDAR TERHADAP KESELAMATAN AWAM : KAJIAN KES DI BANDAR MUADZAM SHAH, PAHANG (The Implications Of Changes In The Urban Development To Public Safety: A Case Study In The Bandar Muadzam Shah, Pahang)

Rosniza Aznie Che Rose, Nur Malinda Samsuddin, Rosmiza MZ, Lyndon N

Abstract


Bandar Muadzam Shah merupakan sebuah bandar yang telah mengalami perubahan seperti pembangunan semula dan perkembangan bandar. Secara tidak langsung, ia telah menyebabkan pertambahan jumlah penduduk ekoran daripada faktor migrasi yang berlaku. Hal yang demikian juga telah memberi impak negatif kepada kawasan bandar seperti gejala sosial dan masalah jenayah. Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi perubahan pembangunan bandar terhadap keselamatan awam di Bandar Muadzam Shah yang menfokuskan kepada isu jenayah. Dua jenis data telah digunakan dalam kajian ini, iaitu data primer dan data sekunder. Terdapat seramai 100 orang responden yang dijadikan sebagai sampel. Borang soal selidik yang telah lengkap akan diproses melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian mendapati bahawa trend jenayah di Bandar Muadzam Shah adalah tidak konsisten dalam tempoh masa 13 tahun. Walau bagaimanapun, jumlah kes jenayah yang berlaku menunjukkan peningkatan yang amat ketara setelah berlakunya perubahan ke atas bandar tersebut. Faktor pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes jenayah tersebut. Oleh hal yang demikian, langkah Bandar Selamat perlu dilaksanakan di Bandar Muadzam Shah bagi menjadikan bandar tersebut sebagai sebuah Bandar Selamat pada masa akan datang.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.