KRISIS KEBANJIRAN PELARIAN SYRIA DAN IMPAKNYA TERHADAP KESELAMATAN NEGARA TURKI (The Syrian Refugee Crisis and its Impact to Turkish National Security)

HAMIDI ADAM, RAVICHANDRAN MOORTHY

Abstract


Krisis kebanjiran pelarian Syria merupakan satu tragedi kepada sejarah kemanusiaan moden. Turki sebagai salah satu negara yang menjadi tuan rumah kepada pelarian Syria juga tidak dapat mengelak daripada menerima kesan limpahan akibat kebanjiran pelarian Syria. Oleh yang demikian, artikel ini mengemukakan persoalan apakah implikasi yang dimaksudkan dan merungkai sejauhmana ianya telah memberi impak terhadap keselamatan negara Turki. Objektif utama artikel adalah mengkaji kesan kebanjiran pelarian Syria terhadap negara Turki; mengkaji dan menganalisa ancaman-ancaman yang wujud ekoran kebanjiran pelarian Syria di Turki dan mengkaji dan mengenal pasti cabaran yang sedang dan bakal dihadapi Turki sekiranya krisis kebanjiran pelarian Syria terus berlarutan. Artikel ini menggunakan konsep keselamatan negara sebagai landasan bagi melihat bagaimana kerajaan Turki menangani krisis kebanjiran pelarian Syria dengan melaksanakan perubahan dan penambahbaikan dasar migrasi negara selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan negara agar sentiasa terpelihara. Artikel ini telah mendapati bahawa impak kebanjiran pelarian Syria yang sentiasa meningkat saban hari jumlah kemasukannya sememangnya mengancam keselamatan negara Turki, di samping itu ianya juga memberi impak terhadap ekonomi, keharmonian sosial dan kestabilan politik negara Turki.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.