KESAN PERUBAHAN DASAR KERAJAAN TERHADAP INDUSTRI PERCETAKAN MELAYU: SATU ANAISIS KANDUNGAN (Effects of Change in Government’s Policy on Malay Printing Industry: A Content Analysis)

Mohd Khairul Azahari Abdul Rani, Hamedi Mohd Adnan, Azian Tahir

Abstract


Pencetak-pencetak Melayu adalah satu-satunya kaum yang diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan segala urusan perolehan percetakan kerajaan. Keistimewaan yang diberikan ini membolehkan kaum ini Berjaya dalam perniagaan percetakan. Melalui satu gabungan iaitu Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) telah meletakkan nama kaum Melayu terus unggul. Sejak sekian lama berkecimpung dalam urusan perolehan percetakan kerajaan, pencetak-pencetak Melayu mula dihimpit dengan masalah yang tidak pernah difikirkan akan berlaku. Pelaksanaan keputusan kerajaan untuk mengkorporat dan menswastakan beberapa agensi yang suatu ketika dulu menjadi tempat untuk pencetak Melayu memperolehi rezeki telah menjatuhkan ekonomi mereka. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji dokumen-dokumen PPPMM yang bertindak sebagai wakil dan tulang belakang industri percetakan Melayu. Dokumen-dokumen yang dikaji ialah siri-siri memorandum dan surat terbitan PPPMM kepada pemimpin dan pentadbir tertinggi kerajaan bagi menyuarakan kebimbangan yang dihadapi oleh pencetak Melayu. Analisis kandungan diguna sebagai kaedah penyelidikan dalam kajian ini. Hasil analisa bahan-bahan ini akan dijadikan dapatan kajian dan dinyatakan dalam bentuk perbincangan. Melalui kajian ini pengkaji dapat menilai sejauh mana kesan yang diterima oleh pencetak Melayu kesan dari perubahan dasar kerajaan ini. Dengan terhasilnya kajian ini diharap para pemimpin dan pentadbir kerajaan dapat menangani isu yang telah lama berlarutan ini.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.