Open Source Software Usage (OSS) in Malaysia Public Sector

Azizah Jaafar, Shahah Ahmad

Abstract


Kajian ini mengkaji isu yang berpotensi dalam perlaksanaan Perisian Sumber Terbuka (PST) di sektor awam, seperti bidang pengkomputeran melalui aplikasi PST, persepsi penjawat awam ke arah PST dan kemahiran kakitangan ICT dalam PST. Objektif kajian untuk mengkaji bidang tertentu sistem pengkomputeran yang terjejas dalam pelaksanaan PST, seperti infrastruktur ICT, pembangunan dan pelaksanaan aplikasi ICT dan aplikasi desktop. Ia juga meliputi faktor yang menyumbang kepada kejayaan, cabaran yang berpotensi dan manfaat bersama-sama dengan sokongan dari agensi kerajaan dalam melaksanakan PST dalam sektor awam. Satu kajian telah dijalankan melalui pengunaan instrumen untuk pengumpulan data. Kajian ini mendedahkan bahawa pelaksanaan PST tidak tertumpu kepada mana-mana bidang sistem pengkomputeran dalam sektor awam. Kajian juga mendedahkan kemahiran dan sokongan kepakaran daripada agensi kerajaan, daripada persepsi kakitangan dan juga daripada pakar luar yang terlibat dalam projek ICT yang di sumber luarkan melalui komitmen MAMPU. Antara cabaran pelaksanaan PST ialah kekurangan kakitangan mahir ICT, masa yang sangat terhad, kemudahan latihan, kekurangan pakar sumber dan pakar kewangan dan kekangan latihan. Secara umum PST digunakan dalam semua bidang komputer di sektor awam. Justeru, sangat penting bagi Ketua Jabatan mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran kakitangan dalam PST, dan mengkaji peruntukan belanjawan jabatan untuk memenuhi keperluan PST untuk manfaat jabatan masing-masing. Pada masa sama, MAMPU juga perlu memainkan peranan dalam meningkatkan keberkesanan latihan dan mempertimbangkan fungsi lain yang berkaitan program latihan di Pusat Kompetensi Sumber Terbuka (OSCC) untuk memenuhi keperluan semasa untuk melicinkan PST dalam sektor awam.


Keywords


Perisian sumber terbuka, sektor awam, kemahiran ICT, penggunaan, prasarana ICT, aplikasi ICT

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my