The Development of Digital Library: Quranic Verses Related to Woman

Zuraidah Abdullah, Junaidah Mohamed Kassim, Nurqumariah Saad

Abstract


Kini, kandungan dan terjemahan kitab suci al-Quran telah dihasilkan dalam pelbagai format seperti buku, cakera padat, pita dan kaset. Maklumat dalam pelbagai format ini menyukarkan pengguna memperoleh sumber rujukan ayat-ayat al-Quran. Tujuan utama kajian ini ialah membangunkan perpustakaan digital berkaitan ayat al-Quran tentang wanita terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan pembahagian pusaka. Pengguna sasaran perpustakaan digital ini ialah para muslimah dari peringkat remaja hingga dewasa. Metodologi pembangunan Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) digunakan bagi membangunkan sistem tersebut. Perpustakaan digital ini dibangunkan dalam persekitaran web bagi memudahkan para muslimah mengakses dan mencapai maklumat yang diperlukan tanpa dibatasi ruang masa maupun sempadan geografi. Sebuah prototaip enjin pencarian bagi memudahkan pengguna mengakses dan mencapai maklumat dalam repositori juga dibangunkan.

Keywords


Perpustakaan digital, Perpustakaan digital berasaskan web, Wanita; Quran, Perkahwinan, Perceraian, Pembahagian pusaka.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my