Pemikiran Sisters in Islam dan Hak Asasi Manusia (Sisters in Islam’s Thought and Human Rights)

Indriaty Ismail, Ahmad Muhyuddin Hj Hassan

Abstract


Sisters in Islam (SIS) adalah satu di antara organisasi feminisme Islam di Malaysia yang memperjuangkan emansipasi wanita. Ia telah dibentuk dalam tahun 1988 dan didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non Governmental Organisation; NGO) pada tahun 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad.  Sungguhpun kemunculan SIS boleh dianggap baharu berbanding pertubuhan NGO wanita yang hadir lebih dahulu sebelumnya seperti National Council of Women’s Organizations (NCWO), namun SIS sejak awal kemunculannya lagi telah berjaya menjadi sebuah gerakan feminisme yang paling popular dan terkehadapan di Malaysia. Kajian mengenai perjuangan menegakkan hak-hak asasi manusia berkisar kepada persoalan sejauhmana kefahaman dan komitmen SIS terhadap perjuangan hak-hak manusia ini dalam kerangka perbahasan Islamnya. SIS telah mendakwa sebagai gerakan yang mengkaji, mempromosi dan memperjuangkan hak-hak asasi manusia menurut perspektif Islam. Kajian dilakukan secara kualitatif dan mengguna pakai semua data-data dokumentasi yang diperoleh untuk menghasilkan hasil dapatan kajian yang mantap. Berdasarkan kajian yang mendalam terhadap ideologi perjuangan SIS terhadap Hak Asasi Manusia dan pendirian mereka terhadap ideologi Islam Progresif, artikel ini menyimpulkan terdapat persamaan perjuangan konsep pergerakan SIS dengan asas dan ciri perjuangan Islam Liberal yang sekali gus membuktikan hujah bahawa SIS adalah dari aliran feminisme Islam Liberal. Konklusi ini dibuat berdasarkan sokongan mereka kepada aktiviti organisasi dan komuniti liberal yang berkembang di Malaysia seperti G25, Islamic Renaissance Front (IRF) dan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Kumpulan mereka beranggapan bahawa mereka adalah sebagai penyelamat dan penyelesai masalah wanita dan pihak berautoriti agama dilihat sebagai pihak yang bersalah dan bermasalah.

Kata kunci: Feminisme; Sisters in Islam; Islam Progresif; Islam Liberal; Hak Asasi Manusia.

 

Abstract 

 

Sisters in Islam (SIS) is one of the Muslim feminist organizations in Malaysia that fights for the emancipation of women. It was formed in 1988 and officially registered as a non-government organization (NGO) in 1993 under the name of SIS Forum (Malaysia) Berhad. Despite being considerably new as compared to other women NGOs such as National Council of Women’s Organizations (NCWO), SIS since the beginning of its inception has succeeded in becoming one of the most popular and prominent feminist movements in Malaysia. The study of the struggle for human rights revolves around the question of the extent to which SIS’s understanding and commitment to the struggle for human rights in its framework of Islamic debate. SIS has claimed to be a movement that studies, promotes and advocates human rights from the Islamic perspective. The study was conducted qualitatively and employed all the documented data to produce a robust study finding. Based on the profound study of SIS’s human rights ideology and their stance on the Progressive Islam’s school of thought, this article concludes the similitude of SIS’s movement concept with the fundamental and characteristic of the Liberal Islam, thus proves SIS’s affinity to the Liberal Islam’s ideology of feminism. These conclusions were made based on their affiliation in the activities of Malaysia’s growing liberal organizations and communities such as the G25, the Islamic Renaissance Front (IRF) and the Liberal Islamic Network (JIL) in Indonesia. The group depicts themselves as the liberator for Muslim women and propagator for their rights against discriminations by the so-called misguided and oppressive religious authorities.

Keywords: Feminism; Sisters in Islam; Progressive Islam; Liberal Islam; Human Rights.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Muhyuddin Hj. Hassan. 2012. Fahaman Islam Liberal: Kajian Terhadap Pertubuhan Sisters in Islam. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong. 1998. Perkembangan Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di Malaysia: Realiti dan Cabaran Baru. Akademika: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara. Vol. 53. Isu 1. Hlm. 1-5.

Abdussalam Muhammad Shukri, Musa Yusuf Owoyemi. 2014. Sisters in Islam's Quest for The Reinterpretation of the Qur'an and Hadith: An Analysis of Their Views on Equality, Women Judges, and Polygamy. Kajian Malaysia. Vol. 32, No.1. Hlm. 55-80.

Andik Wahyun Muqoyyidin. 2013. Wacana Kesetaraan Gender: Pemikiran Islam Kontemporer Tentang Gerakan Feminime Islam. Jurnal Al-Ulum. Gorontalo, Indonesia: Institut Agama Islam Negeri Sultan Amai. Vol. 13. Nombor 2. Disember. Hlm. 491-512.

An-Na’im, Abdullahi Ahmed. 2006. Menuju Reformasi Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Lian Soon Printing.

Daleleer Kaur Randawar, Sheela Jayabalan. 2018. The Definition of Domestic Violence in Malaysia: A Cross-National Comparison. Akademika: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara. Vol. 88 (3): 77-89.

Drozdikova, Jarmila. 2005. Progressive Muslims. Asian and African Studies. 14 (1): 83-95. https:www/sav.sk/journals/uploads/031212128-drozdikova.pdf [13 Ogos 2018]

Engineer, Asghar Ali. 2008. Islam Misgivings and History. New Delhi: Vitasta Publishing Pvt. Ltd.

Feldman, David. 2002. Civil Liberties & Human Rights in England and Wales. Oxford: University Press.

Hafizah Mohd Bokri, Mohd Zamro Muda. 2017. Undang-Undang Pusaka Islam: Perspektif Sisters in Islam (SIS). Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies. Vol. 7 (2): 11-21.

Hamid Fahmy Zarkasyi. 2008. Religius-Humanis. Institute for the Study of Islamic Thought and Civilization (INSIST). Atas talian: http://insistnet.com [13 Ogos 2010].

Hamid Fahmy Zarkasyi. T.th. Hak dan Kebebasan Beragama (Dalam Perspektif Islam, DUHAM dan Keindonesiaan). Institue for the Study of Islamic Thought and Civilization (INSIST). Atas talian: http://insistnet.com [13 Ogos 2010].

Hoover, Joe. 2013. Rereading the Universal Declaration of Human Rights: Plurality and Contestation, Not Consensus. Journal of Human Rights. Volume 12. Issue 2. 17 Mei. Hlm. 217-241. https://doi.org/10.1080/14754835.2013.784663 [15 Ogos 2018].

Kurzman, Charles. 1999. Liberal Islam: Prospects and Challenges. Jurnal MERIA. 3. http://www.unc.edu/-kurzman/LiberalIslamLinks.html [2 Mac 2010].

Kurzman, Charles (pnyt.). 2003. Wacana Islam Liberal Pemikiran Islam Kontemporer Tentang Isu-Isu Global (terj.); judul asal: Liberal Islam: A Sourcebook. Paramadina dengan kerjasama Yayasan Adikarya IKAPI dan The Ford Foundation, Jakarta Selatan.

Al-Mawdudi, Abul A’la. 1995. Human Rights in Islam. Al Tawhid Journal. Volume 4. No. 3. http://iiu.edu.my /deed/articles/hr/index.html [7 Jun 2010].

Mir-Hosseini, Ziba. 2006. The Construction of Gender in Islamic Legal Theory. Kertas kerja Seminar International Consultation on Trends in Family Law Reform in Muslim Countries. Anjuran Sisters in Islam. Kuala Lumpur: Crown Princess Hotel, 18-20 Mac.

Mohd Anuar Ramli. 2012. Analisis Gender dalam Hukum Islam. Jurnal Fiqh. Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. No. 9: 137-162.

Nik Noraini Nik Badli Shah (pnyt.). 2003. Islamic Family Law and Justice for Muslim Women. Petaling Jaya: Sisters in Islam.

Norani Othman (pnyt.). 2005. Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism. Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd.

Norhayati Kaprawi. 2011. Tuntutan dan Keperluan Melihat Semula Tafsiran al-Quran. Restoran Chawan, Bangsar, Kuala Lumpur. Temu bual. 3 Mac.

Nor Rafidah Saidon, Sity Daud, Mohd. Samsudin. 2017. Faktor Kepimpinan dan Gender dalam Penglibatan Politik Wanita di Malaysia (1980-2013). Akademika: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara. Vol. 87( 3): 61-173.

Ratna Osman. 2011. Sisters in Islam: Islamic Feminisme. Ibu Pejabat Sisters in Islam, Petaling Jaya, Selangor. Temu bual. 30 Mac.

Raja Nor Ezzurien Raja Ishak. 2016. Hak Asasi Manusia: Kajian Terhadap Sisters in Islam. Latihan Ilmiah. Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Refugee Survey Quarterly. 2008. Universal Declaration of Human Rights: Adopted and Proclaimed by UN General Assembly Resolution. Volume 27. Issue 3. 1 Januari, Hlm. 149–182, https://doi.org/10.1093/rsq/hdn037 [15 Ogos 2018].

Saari Sungib. 2007. Pengisytiharan Hak Asasi Manusia: Islam dan Barat. Kertas kerja Seminar Nasional: Hak Asasi Manusia & Hak Wanita dalam Islam. Anjuran Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), PWTC, Kuala Lumpur, 26-27 Mei.

Safi, Omid. 2003. What is progressive Islam? Averroes Foundation. http://www. averroes-foundation.org/articles/progressive-Islam.html [12 Ogos 2010].

Sisters in Islam. 2007. Tentang SIS. http://www.sistersinislam.org.my/BM/ pengenalan.htm [10 Disember 2008].

Sisters in Islam. 2010. Feminism Islam Warisan Sunnah Rasulullah. http://www.sistersinislam.org.my/index.php?Option =com_content&task=view&id =460 &Itemid=99999999 [12 Ogos 2010].

Siti Nurul Atiqah Mohd Nawawi. 2018. Pemikiran Islam Progresif Menurut Sa’diyya Shaikh (1969). Disertasi Sarjana. Pusat Akidah dan Keamanan Global, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumanto Al-Qurtuby. 2009. Jihad Melawan Ekstremis Agama, Membangkitkan Islam Progresif. Semarang: Borobudur Indonesia Pub.

The New Encyclopedia Britannica. 1998. Jil. 6. London: Encyclopedia Britannica Inc.

Ugi Suharto. 2003. Apakah al-Qur’an Memerlukan Hermenuetika? Tarjih: Jurnal Tarjih dan Pengembangan Pemikiran Islam. Volume 6 (1), 20-31. Yogyakarta, Indonesia: Majelis Tarjih dan Tajdid, Pimpinan Pusat Muhammadiyah.

Ummi Zainab Mohd Ghazali, Muhammad Azizan Sabjan. 2018. Sumbangan Pemikiran dan Perjuangan Dakwah Muhammad ‘Uthman ElMuhammady di Malaysia (1943-2013). Akademika: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara. Vol. 88(1): 107-119.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694