Faktor Yang Mempengaruhi Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Isi Rumah Berpendapatan Sederhana (Factors Affecting Of House Ownership Among Middle-Income Households)

Junaidi Awang Besar, Siti Nor Isma’ Mohd Razali, Rosniza Aznie Che Rose

Abstract


Setiap individu ingin memiliki rumah yang selesa dan harga yang berpatutan untuk menghasilkan kualiti hidup yang baik. Rumah dapat menjadi lambang kekayaan dan pencapaian diri individu. Nilai rumah secara amnya meningkat setiap tahun dan rumah yang dibeli dapat dijadikan sebagai aset pelaburan jangka masa panjang. Oleh itu, keputusan untuk pembelian rumah merupakan satu keputusan yang paling besar dan penting dalam hidup seseorang di mana kesilapan dalam membuat pilihan akan menyebabkan individu menanggung beban kewangan yang tinggi terutamanya bagi isi rumah berpendapatan sederhana. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk mengkaji faktor pemilikan rumah di kawasan DUN Tras, Raub, Pahang. Penulisan makalah ini adalah berdasarkan daripada metod soal selidik terhadap 380 orang responden yang terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan sederhana. Seterusnya, data daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS dan ditunjukkan dalam bentuk jadual serta penulisan hasil kajian ini dikukuhkan dengan sumber sekunder yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemampuan pemilikan rumah. Selain itu, majoriti responden bersetuju bahawa isu pemilikan rumah dapat diatasi dengan campur tangan pihak kerajaan di mana kerajaan perlu membuat pengawalan terhadap harga hartanah terutama hartanah kediaman. Justeru, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum atau panduan semua pihak terutamanya para pemaju dan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah pemilikan rumah di kawasan kajian. Pihak yang terlibat juga perlu lebih peka dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat sebaik mungkin sekali gus memastikan kesejahteraan hidup masyarakat.

 

Kata kunci: pemilikan, rumah, isi rumah, berpendapatan sederhana, hartanah

 

 Abstract

 

Every individual wants a comfortable home and a reasonable price to produce a good quality of life. House can be a symbol of one's wealth and achievement. The value of house generally increases every year and purchasing a house can be a long-term investment asset. Therefore, the decision to buy a house is an important decision in one's life where the mistake of making a choice will lead to high financial burden especially for middle-income households. Therefore, it is the purpose of this article to study the factors of home ownership in the Tras state constituency, Raub, Pahang. The writing of this paper is based on methodology of questionnaires were distributed to 380 respondents which consist of groups of middle-income households. Next, the data from the questionnaires were analysed using SPSS software and presented in tables as well as the writing of the results of this study confirmed with the relevant secondary sources. The results show that the majority of respondents agreed that the issue of house ownership could be resolved by government intervention whereby the government should regulate house prices. Therefore, the findings of this study are intended to serve as a general reference or guide for all parties, especially developers and the government in solving the problem of house ownership in the study area. The parties must also be more attentive to meeting the needs of the community while at the same time ensuring the well-being of the community.

Keywords: ownership, home, household, medium income, real estate


Full Text:

PDF

References


Azril Khairol Ismail. 2015. Kemampuan Memiliki Rumah oleh Golongan Belia Bumiputera. Tesis Sarjana, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Tekonologi Malaysia.

Berita Harian Online. 2017. Bekalan rumah mampu milik tidak cukup. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2017/07/303735/bekalan-rumah-mampu-milik-tidak-cukup. [22 Mei 2019].

Diwa Samad, Nurshuhada Zainon, Faizul Azli Mohd Rahim, Eric Lou & Saipol Bari Abd Karim. 2016. Malaysian Affordability Housing Policies Revisited. MATEC Web of Conference 66(00010).

Farhan Mat Arisah, Shamsul Azahari Zainal Badari & Ahmad Hariza Hashim. 2015. Amalan Pembelian Secara Atas Talian (Online) dan Faktor-Faktor Mempengaruhi. 19th MACFEA National Seminar. Malaysia.

Haliyana Tonot, Siti Hawa Radin Eksan, & Norziah Othman. 2014. Conference on Management and Muamalah Mei 2014. bertempat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Peramalan Harga Rumah di Malaysia Menggunakan Kaedah Trend Projection.

Hasmah Abu Zarin, Ahmad Ariffian Bujang & Mohd Firdaus Mohamed. 2012. Kesan pembangunan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUITTHO) terhadap keperluan perumahan kakitangan: Kajian kes Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia.

Hulchanski, J. David. 1995. The concept of housing affordability: Six contemporary uses of the housing expenditure-to-income ratio. Housing Studies 10(4), October.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2018. Siaran Akhbar: Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Pertama 2018. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=Yk51SEozZDRNc0ZlNFpPZVNKVFJiZz09. [22 Jun 2019]

Jasni Sulong, Mohd Marbawi Taha & Mohd Nasir bin Ayub. 2012. Dasar Pemberian Hakmilik Tanah Di Malaysia: Analisis Menurut Perspektif Islam. ESTEEM Academic Journal. 10 (2): 66-82.

Junaidi Awang Besar, Mazlan Ali, Vivien W.C. Yew, Nove Lyndon & Mohd Nor Shahizan Ali. 2018. Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor. Akademika 88(1), April 2018:181-192

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali. 2012. Dasar perumahan negara: hakmilik dan impak geopolitik di Kuala Lumpur.

Postgraduate Research Seminar (POGRES) 2012. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. 20-21 November.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali. 2014. Pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR): Impak geopolitik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Pilihan Raya Umum 2004, 2008 dan 2013. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities 9(1): 001-023.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Fuad Mat Jali, Novel Lyndon & Mazlan Ali. 2012. Impak Pembangunan Perumahan Terhadap Geopolitik Bandar. Akademika 82(3): 49-60.

Junaidi Awang Besar. 2018. Analisis Perkembangan Pembangunan Perumahan Awam di Selangor. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space 14(1): 40-54.

Masitah Zulkepli. 2011. Pembangunan Model Penentuan Keperluan Perumahan. Kajian Kes: Johor Bahru, Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana. Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Michelle, W., Turnham, J. & Mills, G. 2008. Housing Affordability and Family Well-Being: Results from the Housing Voucher Evaluation. Housing Policy Debate 19(2): 367-412.

Mohd Aqmin Abdul Wahab, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur & Mohd Azlan Shah Zaidi. 2018. Kos Sara Hidup Tinggi di Malaysia: Pertumbuhan Pendapatan Isi Rumah yang Perlahan atau Taraf Hidup yang Meningkat?. Jurnal Ekonomi Malaysia 52(1): 117-133.

Mohd Hamdan Adnan. 2017. Perspektif dan Sumber Maklumat Isu Perumahan dalam Kalangan Pengguna Sabah. Jurnal Komunikasi Bornea Edisi Khas (Konvokesyen ke-19 UMS) 2017: 26-57.

Mohd Haziman Ab Ghani, Laily Paim & Mohamad Fazli Sabri. 2018. Tahap Kepuasan Ke Atas Pendapatan, Perbelanjaan, Simpanan dan Pemilikan Harta Isi Rumah Dalam Kalangan Penjawat Awam di Putrajaya. Jurnal Pengguna 30: 81-102. http://macfea.com.my/wp-content/uploads/2018/11/Artikel-5-JPM-jilid-30-Jun-2018.pdf. [17 Disember 2019]

Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Mat Noor Mat Zain & Ahmad Dahlan Salleh. 2017. Parameter Syariah Bagi Pemilikan Bermanfaat (Beneficial Ownership) Dalam Kewangan Islam: Satu Cadangan. Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017: 1-15.

Nik Azma Wail, Rahmah Ismail & Ishak Yussof. 2011. Analisis Penentu Perbezaan Upah Mengikut Kemahiran di Malaysia. Jurnal Teknologi 56(2011): 1-22.

Nor Malina Malek, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Khoo Suet Leng, Parthiban S. Gopal & Zahri Hamat. 2017. Kemampuan Memiliki Rumah dalam Kalangan Keluarga Bandar di Malaysia. Geografi 5(2): 69-77.

Norazmawati Md. Sani. 2007. Kemampuan Pemilikan Rumah Kos Rendah di Kuala Lumpur. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.

Norizan Rameli, Dani Salleh & Mazlan Ismail. 2016. Kemampuan Memiliki Rumah: Satu Analisa dari Sudut Sosio-Ekonomi Isi Rumah. Geografia Online: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 1(1): 10-16.

Nurlaili Lukman. 2010. Pengukuran Masa Perjalanan dalam Menentukan Kesesuaian Lokasi Industri Berdasarkan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Tesis Ijazah Sarjana. Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia.

Nurul Najihah Mohamad Sarbukhi. 2017. Kajian Terhadap Permintaan dan Penawaran Rumah Mampu Milik di Sekitar Batu Pahat, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ridzuan Masri, Arman Ahmad dan Razlina Abd Rani. 2018. Teori Maslow dalam Konteks Memenuhi Keperluan Asas Pekerja dan Peranannya dalam Meningkatkan Prestasi Organisasi: Kajian Dan Perspektif Islam. Jurnal Hadhari 10 (1): 1-27.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694