Impak Kemiskinan Bandar Terhadap Faktor Kewujudan Golongan Belia Lewat Kembang Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) (Impact Of Urban Poverty Towards The Existence Factors of Late Bloomers Among Youth In Higher Education Institution)

Nor Azrul Mohd Zin, Noordeyana Tambi, Jamiah Manap

Abstract


Kemiskinan yang menular dalam kalangan masyarakat di bandar telah memberi kesan negatif kepada pembangunan pendidikan dalam kalangan belia di Malaysia. Kesan kemiskinan yang diwarisi dari generasi ke generasi telah melahirkan golongan yang lambat menyambung pengajian mereka di peringkat pengajian tinggi di luar garis waktu normal iaitu setelah tamat persekolahan formal. Golongan ini dikenali sebagai golongan belia lewat kembang khusus dalam pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Kelewatan daripada garis waktu normal untuk menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi ini juga tidak terhad kepada golongan luar bandar, malah belia lewat kembang di kawasan bandar lebih merasai tekanan itu. Golongan belia lewat kembang ini seringkali dicicirkan daripada sistem pendidikan kerana tumpuan meningkatkan pendidikan sering difokuskan kepada kelompok luar bandar. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti impak kemiskinan bandar terhadap perkembangan pendidikan dalam kalangan belia lewat kembang. Kajian ini menggunakan kaedah fenomenologi (phenomenology) bagi memahami pengalaman sebenar informan serta membantu pengkaji mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat dan terperinci. Hasil kajian mendapati bahawa kemiskinan bandar yang diwarisi iaitu dari segi faktor kerjaya dan sosioekonomi jelas memberi kesan negatif terhadap perkembangan pendidikan golongan belia yang seterusnya menyumbang kepada kewujudan golongan belia lewat kembang di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui faktor kerjaya, golongan lewat kembang ini berhasrat menjadikan pendidikan yang diperolehi daripada peringkat pengajian tinggi mampu memberikan peluang meningkatkan kerjaya sedia ada mereka. Manakala, faktor sosioekonomi pula mendapati bahawa perubahan status sosioekonomi mereka boleh diperbaiki melalui pendidikan diperingkat pengajian tinggi. Kesimpulannya, tanggungjawab semua pihak untuk membentuk peluang kepada golongan belia miskin bandar terutamanya dari aspek pendidikan.

Kata kunci: Miskin bandar; lewat kembang; belia; fenomenologi; pembangunan.


Abstract


Poverty spread among urban communities has negatively impacted the development of education among youth in Malaysia. The impact of poverty is inherited from generation to generation have been producing to those who are pursuing their studies at tertiary level beyond the normal time line, which is after graduation from formal secondary schooling. This group is known as the late-bloomers youth particularly in pursuing education at the tertiary level. The delayed from the normal time line to pursue higher education are not only limited to the rural people, and even the late-bloomers youth in the urban areas more likely to feel the pressure. The late-bloomers youth are often excluded from the education system as the focus on improving education is often focused on rural groups. Thus, this study was carried out to identify the impact of urban poverty on the development of education in late-bloomers youth. This study used the phenomenology method to understand the actual experience of the informant and help the reviewer to obtain more precise and detailed of the results. The results of the study found that the inherited urban poverty in terms of employment and socioeconomic factors clearly gave a negative impression on the development of youth education which subsequently contributed to the existence of the late-bloomers youth group at the Higher Education Institution (IPT). Through the employment factor, the late-bloomers youth group seek for the opportunities to increase their working ability through education certification. Meanwhile, through socioeconomic factors find that changes in their socioeconomic status may be improved through education at the level of higher education. In conclusion, it is the responsibility of all parties to create opportunities for the urban poor youth especially in terms of improving education at the tertiary level.

Keywords: Urban poverty; late bloomers; youth; phenomenology; development.


Full Text:

PDF

References


Abd Aziz Rekan, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md Yusoff. 2019. Peranan Konsep ‘Surau Hijau’ dalam Membentuk Komuniti Lestari di Sekolah. Akademika. 89(3): 99-112

Abdullah, Z., Ismail, S., Shafee, S., Shaharom, M., & Abdul Ghani, M. 2019. Pengaruh pembelajaran akademik anak-anak keluarga fakir miskin di sekolah-sekolah Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 6(2): 44-70.

Ahmad, S., & Amartya Sen. 1997. Concept of Human Development and Poverty: A Multidimensional Perspective. UNDP.

Amis, P. 1995. Making sense of urban poverty. Environment and urbanization 7(1): 145-158.

Anand, S. 1977. Aspect of poverty in Malaysia. Review of Income and Wealth: 1-16.

Azizi Yahya, & Shahrin Hashim. 2008. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Vokasional. In G. Lee, Memahami Personaliti Remaja. Skudai: UTM Press.

Braun, V., & Clarke, V. 2006. Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology 3(2): 77-101.

Buerah Tunggak, & Zoolhilmi Ahmed. 2015. Pengaruh Faktor Latar Belakang Terhadap Orientasi Sikap Keusahawanan dalam Kalangan Usahawan Belia Bumiputera Muslim. Akademika 85(2): 29-43.

Choi, A., & Calero, J. 2018. Early school dropout in Spain: Evolution during th great recession. In M. Malo, & A. Moreno Mínguez, European youth labour markets. Barcelona: Springer.

Creswell, J. 2014. Research design 4th Edition. London: SAGE Publication.

Dunn, C., Dale, C., & Karen, R. 2004. Variables affecting students' decision to drop out of school. Remedial and special education: 314-323.

Fischer, C. 2006. Qualitative Research Method for Psychologist. California: Academic Press.

Hairunnaja Najmuddin. 2006. Membimbing remaja memilih pendidikan & kerjaya. Selangor: PTS Professional.

Ishak Yussof, Rahmah Ismail, & Robiah Sidin. 2008. Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM . Akademika 72: 3-24.

Jabatan Belia dan Sukan Negara. 2018. Dasar Belia Malaysia. Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negara: http://www.jbsn.gov.my/en/dasar.html [24 November 2018]

Jayasooria, D. 2016. Inclusive development for urban poor & bottom 40% communities in Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kadir Arifin, Zitty Sarah Ismali, Mazhani Muhammad & Muhammad Lui Juhari. 2019. Analisis Keberkesanan Komunikasi dalam Meningkatkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Universiti Penyelidikan di Malaysia. Akademika. 89(3): 183-194

Kartini Aboo Talib@Khalid. 2016. Dilema Kemiskinan: Falsafah, Budaya dan Strategi. Akademika 86(2); 65-78. http://doi.org/10.17576/akad-2016-8602-05

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 2015. Dasar Belia Malaysia. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 2018. Data Asas KPLB. Putrajaya: Kementerian Pembangunan Luar Bandar.Khalid, M. A. 2016. Climbing the Ladder: Socio-economic Mobility in Malaysia. Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute.

Khalid, M. A., Siti Nur Fatimahtul Maryam , A., Zouhair, R., & Endie Shazlie, A. 2018. Children Without: A study or urban child poverty and deprivation in low-cost flats in Kuala Lumpur. Malaysia: United Nations Childrens' Fund.

Levin, J., & Levin, W. 1991. Sociology of Educatrional Late Blooming. Sociological Forum: 661-679.

Lewis Holm, N., Lillehaug Pederson, L.-M., & Pettersen, E. 2019. Youth, gender, and perceptions of security in Norway. International Journal of Adolescence and Youth 25(1):421-434.

Mark R. , M. (2009) Urban poverty: Concepts and measures. Urban poverty and health in developing countries. Washington, United States: Population Reference Bureau.

Mertens, D. 2010. Research and Evaluation in Education and Psychology 3rd Edition. Washington: SAGE Publication.

Mohamad Hafifi, J., Nor Hazlina, H., & Izzal Asnira, Z. 2018. Stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan hiv/aids (odha): Satu pendekatan tindakan penyertaan dalam kalangan belia di pulau pinang. Jurnal Komunikasi, 55-74.

Mohd Nasir Selamat & Mukhiffun Mukapit. 2018. The Relationship between Task Factors and Occupational Safety and Health (OSH) Performance in the Printing Industry. Akademika. 88(3): 65-76.

Mohd Shaladdin Muda, Wan Mohd Amin, W., & Nik Wan Omar. 2006. Analisis Kesejahteraan Hidup Nelayan Pesisir. Jurnal Kemanusiaan 4(2): 58-77.

Nor Aini Haji Idris. 2004. Mobiliti Sosial di Kalangan Generasi Kedua Felda Social Mobility Amongst the Second Generation of Felda. Akademika 64: 83 - 95.

Nor Azrul Mohd Zin, & Nordeyana Tambi. 2018. Faktor Kemiskinan Bandar Terhadap Pembangunan Pendidikan Golongan Lewat Kembang. Jurnal Psikologi Malaysia: 32(3), 119-130.

Nur Jannah, B., Kim, K., & Aida, I. 2018. Hubungan Antara Pendapatan dan Perbelanjaan Harian Bagi Golongan Belia Melayu di Kuala Lumpur. Journal of Science and Humanities: 24-35.

Odhiambo, W., & Manda, D. 2003. Urban poverty and labour force participation in Kenya. World Bank Urban Research Symposium. Washington: Kenya Institute for Public Policy Research and Analysis (KIPPRA).

PNPM. 2013. Indonesia: Urban poverty and program review. Indonesia: PNPM Support facility.

Ragayah Haji Mat Zin. 2007. Understanding the Formulation of the Revised Poverty Line in Malaysia. Akademika 70 (1): 21 - 39

Raharjo, A., & Bintoro, R. 2016. Access to justice bagi rakyat miskin korban kejahatan. Prosiding Seminar Nasional Multi Disiplin Ilmu & Call For Papers Unisbank Semarang: Unisbank Semarang.

Rashid, M. F., & Ishak Ab. Ghani. (2007). Migrasi dan kemiskinan bandar: Suatu kajian literatur. Paper presented at PKPPM, Pulau Pinang. Pulau Pinang.

Ravallion, M. (2007, September). Urban Poverty. Finance & Development. Washington, United States: IMF.

Rumberger, R. W. 2011. Dropping Out. Harvard: Harvard University Press.

Savin-Baden, M., & Major, C. (2010). New Approaches to Qualitative Research. New York: Routledge.

Siti Hajar Abu Bakar Ah, Noralina Omar & Zaiton Azman. (2017). Penyertaan Sosial dan Indeks Kesejahteraan Sosial Subjektif Kanak-Kanak Miskin di Malaysia. Akademika 87(2): 105-118. https://doi.org/10.17576/akad-2017-8702-08

Siti Nurhidayah. (2008). Pengaruh ibu bekerja dan peranan ayah dalam coparenting terhadap prestasi belajar anak-anak. Jurnal Soul 1(2): 1-14.

Suryawati, C. (2005). Memahami Kemiskinan Secara Multidimensional. Jurnal Manajemen Pelayanan Kesehatan: 121-129.

UNESCO. (2019, April 1). Social and Human Sciences. Retrieved from UNESCO: http://www.unesco.org/new/en/social-and-human-sciences/themes/youth/

United Nations. (2015). Security Council, Unanimously Adopting

Resolution 2250 (2015), Urges Member States to Increase Representation of Youth in Decision-Making at All Levels. New York: United Nations.

Wan Nor Azriyati, Faizah Ahmad, Noor Rosly Hanif, & Wang Hong Kok. (2011). Pembasmian kemiskinan bandar ke arah bandar insklusif dan sejahtera: Cabaran Kuala Lumpur. Journal of Surveying and Property:107-124.

Wilson, W., & Aponte, R. (1985). Urban Poverty. Annual Review of Sociology 11: 231-258.

Wratten, E. (1995). Conceptualizing urban poverty. Environment & Urbanization Vol 7: 11-38.

Zaharah Omar, Rahim M. Sail, Ismi Arif Ismail, & Steven, E. (2011). Exploring career success of late bloomers from the TVET background. Education + Training, 603-624.

Zurina Ahmad Saidi, Hukil Sino, & Norinsan Kamil Othman. (2018). Taraf Pendidikan dan Sosio-Ekonomi Penduduk di Kampung Sungai Budor, Kelantan Darul Naim. Akademika 13(3): 222-233.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694