Perkembangan Politik Era Malaysia Baharu: Pandangan Eksklusif Belia Terpelajar (Political Development in New Malaysia Era: An Exclusive View of Educated Youth)

Mohd Mahadee Ismail, Azlina Abdullah, Nor Azlili Hassan, Mohd Sabri Md Nor

Abstract


Artikel ini memfokuskan perbincangan tentang pandangan golongan belia terpelajar terhadap perkembangan politik di Malaysia khususnya dalam era Malaysia Baharu hari ini. Golongan belia terpelajar adalah generasi pewaris negara pada masa hadapan. Mereka bukan sahaja menjadi pemangkin pembinaan negara dan bangsa, tetapi mereka juga adalah kumpulan yang bakal mencorakkan hala tuju politik dan kepimpinan negara di masa depan. Sementara itu, era Malaysia Baharu telah ditonjolkan selepas berlakunya pertukaran kerajaan daripada kepimpinan Barisan Nasional yang menerajui pemerintahan negara semenjak kemerdekaan negara kepada kerajaan baru Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Malaysia Baharu dikatakan membawa ‘nafas baru’ angin perubahan dalam segenap aspek kehidupan merangkumi hal ehwal politik, pembangunan ekonomi dan pemerkasaan sosiobudaya ke arah yang lebih baik berbanding dengan era sebelumnya. Sehubungan dengan itu, satu kajian khusus telah dilaksanakan dalam kalangan belia terpelajar iaitu mahasiswa universiti awam di Semenanjung Malaysia yang bertujuan untuk mengenal pasti pandangan mereka terhadap perkembangan politik yang berlaku dalam negara ini. Kajian ini menggunakan kaedah Teknik Berkumpulan Nominal (NGT), Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada 800 orang responden belia terpelajar pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkan wujud variasi pandangan berdasarkan kumpulan etnik terhadap perkembangan politik semasa. Golongan belia terpelajar etnik Melayu didapati lebih objektif dalam mengemukakan pandangan mereka, manakala golongan belia terpelajar etnik Cina dan India pula didapati lebih positif dalam menunjukkan sokongan terhadap pemerintahan di era Malaysia Baharu ini.

 

Kata kunci: Belia terpelajar; mahasiswa; Malaysia baharu; perkembangan politik; universiti awam


 Abstract

 

This article focuses on the views of educated youth group on political developments in Malaysia, especially in today's New Malaysia era. The educated youth is the future generations of the nation. They are not only the catalyst for nation building, but they are also the groups who will shape the future political direction and leadership of the nation. Meanwhile, the New Malaysia era has been highlighted after the changing of government from the Barisan Nasional leadership, that led the country since independence, to the new government, which is Pakatan Harapan in the 14th General Election. New Malaysia era is said to bring a 'fresh breath' of changes in all aspects of life, including a betterment political affairs, economic development and social empowerment. In this regards, a specific study was conducted among educated youth from public university students in Peninsular Malaysia which aimed to identify their views on current political developments in the country. This study employs Nominal Group Technique (NGT), Focus Group Discussion (FGD) as well as survey method by using questionnaires. The questionnaires were distributed to 800 respondents from educated youths of various ethnic groups. The findings reveal that there is a variety of views, based on ethnic groups, on political developments. The Malay educated youth groups are more objective in their views, whereas the Chinese and Indian educated youth groups were found to be more positive in showing their support to the government in this New Malaysia era.

 

Keywords: Educated youth; students; new Malaysia; political development; public university


Full Text:

PDF

References


Ali Salman & Mohd Safar Hasim. 2011. New media and democracy: The changing political landscape in Malaysia. Akademika 81(1): 15-21.

Astro Awani. 2019. Belia kini berumur 15 hingga 30 tahun. Oleh Harits Asyraf Hasnan, Rabu, 03 Julai 2019. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/belia-kini-berumur-15-hingga-30-tahun-211731

Berita Harian Online. 2018. Kajian semula projek mega langkah tepat. Oleh Alzahrin Alias, Khamis, 16 Ogos 2018. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/08/462811/ kajian-semula-projek-mega-langkah-tepat

Berita Harian Online. 2018. Kerajaan baharu dan hala tuju politik negara. Oleh Mansor Mohd Noor, Sabtu, 19 Mei 2018. https://www.bharian.com.my/kolumnis/ 2018/05/427534/ kerajaan-baharu-dan-hala-tuju-politik-negara

Berita Harian Online. 2019. Perutusan Perdana Menteri sempena setahun kerajaan Pakatan Harapan. Khamis, 9 Mei 2019. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/ 562120/perutusan-perdana-menteri-sempena-setahun-kerajaan-pakatan-harapan

Bernama.com. 2019. Kerajaan PH Komited Perangi Kleptokrasi, Rasuah. Oleh Erda Khursyiah Basir, Isnin, 1 April 2019. http://www.bernama.com/bm/ news.php?id=1711397

Jabatan Perdana Menteri. 2018. Malaysia Baharu. http://www.pmo.gov.my/ MalaysiaBaharu.pdf

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali. 2015. Politik etnik di Kuala Lumpur: Kajian tanggapan pengundi dalam kalangan penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) pasca Pilihan Raya Umum 2013. Malaysian Journal of Society and Space 11(7): 33 -44.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Statistik Pendidikan Tinggi 2018: Sistem Kajian Pengesanan Graduan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30: 607-610.

Lavrakas, P.J. 2008. Encyclopedia of Survey Research Methods. California: Sage Publications.

Lipset, S. M. & Larkin, J. M. 2004. The Democratic Century. Norman: University of Oklahoma Press.

Mansor Mohd Noor. 2012. Kerencaman sosial dan penipisan batas etnik: Kepelbagaian etnik dan perkongsian hidup bersama di Malaysia. Siri Syarahan Umum Perdana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marshelayanti Mohamad Razali, Siti Noranizahhafizah Boyman, Nafisah Ilham Hussin & Wan Asna Wan Mohd Nor. 2017. Penglibatan politik belia: Satu analisis penyertaan konvensional. Jurnal Perspektif, 8(2): 70-78.

Mohd Azmir Mohd Nizah & Sabri Mohamad Sharif. 2019. Undi 18: Belia dan politik konvensional. Prosiding Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (i-STET). Oktober 2019.

Mohd Mahadee Ismail. 2015. Pendidikan sivik dan pembinaan etos nasional dalam kalangan alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): Kajian ke atas mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Tesis Doktor Falsafah. Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Mahadee Ismail, Mohd Sabri Md Nor & Zatul Himmah Adnan. 2019. Persepsi golongan belia terhadap ‘Malaysia Baharu’ dalam kerangka pembangunan komuniti di Semenanjung Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 15(4): 274-287.

Mohd Syarul Razi Mohd Hazmi. 2018. Islam era Malaysia baharu: Isu dan agenda pelaksanaan. Prosiding Konvensyen Nasional Islam dan Era Malaysia Baharu, Shah Alam, 10-11 November 2018.

Moten, A. R. 2011. Changing political culture and electoral behavior in Malaysia. Asian Affairs:An American Review, 38(1), 39–56.

Norazleen Mohd Nor, Edwin Michael, Afi Roshezry Abu Bakar, Ira Meilita Ibrahim & Mohd Azmir Mohd Nizah. 2011. Media baru dan demokrasi di Malaysia: Ke arah perpaduan nasional. Prosiding Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional, Kuala Lumpur, 14-16 Disember 2011.

Saad, S., & Salman, A. 2013. The role of values and attitudes in political participation. Asian Social Science, 9(8): 9-16.

Sabitha, Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Prentice Hall/Pearson Malaysia.

Sheikh Omar Abdul Rahman. 2017. Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Bicara Ilmu Untuk Pegawai Perbadanan Labuan pada 23 November 2017. https://www.pl.gov.my/documents/10157/544679/Pemuda+harapan+bangsa%2C+pemudi+tiang+negara.+P.Labuan+23+Nov+2017.+handout.pdf/112f9f13-b274-4acd-ac06-a1f22cc3a9b1

Thock Ker Pong. 2012. Aktivisme mahasiswa Cina era reformasi dan pasca reformasi di Malaysia: Kajian impak politik dalam pilihan raya umum ke-12. Akademika 82(1): 91-102.

Vejai Balasubramaniam. 1997. Nasionalisme dalam pembentukan sebuah negara persekutuan: Wacana teoretikal berdasarkan pengalaman Malaysia. Akademika 51(Julai): 23 – 51.

Zaini Othman. 2008. Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian. Dlm. Gahzali Mayudin (pnyt.) Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik. Bangi: Penerbit UKM.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694