Pemakaian Beban Dan Darjah Pembuktian Dalam Kes Jenayah Syariah Di Malaysia: Suatu Analisis (Application of Burden and Quantum of Proof in Malaysian Syariah Criminal Cases: An Analysis)

Suhaizad Saifuddin, Ahmad Azam Mohd Shariff, Muhamad Helmi Md Said, Ramalinggam Rajamanickam, Tengku Noor Azira Tengku Zainuddin

Abstract


Beban  dan darjah pembuktian merupakan dua aspek signifikan dalam menegakkan keadilan di mahkamah. Melihat kepada kes-kes jenayah syariah semasa di Malaysia, pemakaian kedua-dua beban dan darjah pembuktian kelihatan berjalan lancar serta tidak bermasalah. Namun apabila diperhalus, pengaplikasian kedua-duanya ternyata perlu diperkemas. Penulisan ini menganalisis pemakaian aspek beban dan darjah pembuktian dalam perbicaraan jenayah syariah di Malaysia. Di samping itu, penulisan juga turut mengenal pasti permasalahan dalam pengaplikasian kedua-dua aspek tersebut. Seterusnya, penulisan ini berhasrat mengemukakan penyelesaian terhadap masalah yang dikenal pasti. Penulisan ini menggunakan kerangka kajian perundangan tulen yang bersifat kualitatif. Data serta maklumat berkaitan dengan prinsip dan aplikasi beban dan darjah pembuktian dikumpul melalui bahan-bahan perpustakaan. Kesemua data dan maklumat kemudiannya dianalisis menerusi metodologi analisis kandungan serta kaedah analitis dan kritis. Hasil penulisan mendapati bahawa berlaku pentafsiran yang tidak seragam serta tidak tepat terhadap prinsip beban dan darjah pembuktian oleh mahkamah syariah. Penulisan ini turut mendapati bahawa walaupun masalah kekaburan tafsiran wujud, kebanyakan literatur tidak membincangkan masalah ini dengan jelas. Oleh itu, penulisan ini menekankan kepentingan untuk mengatasi masalah tafsiran berkaitan dengan beban dan darjah pembuktian dalam kes jenayah syariah. Justeru, satu penyelidikan yang lebih terperinci harus dilakukan dalam memastikan para hakim dan pegawai syariah mampu mentafsirkan beban dan darjah pembuktian bagi kes jenayah syariah secara betul dan tepat.

Kata kunci: kes jenayah syariah; tatacara jenayah syariah;undang-undang keterangan; beban pembuktian; darjah pembuktian

 

Abstract

 

Burden and quantum of proof are two significant aspects in establishing justice in court. Looking at current Malaysian syariah criminal cases, the application of both burden and quantum of proof seem smooth and problem-free. However upon closer scrutiny, both applications are in need of enhancements. This writing analyses the applications of burden and quantum of proof in Malaysian syariah criminal trials. In addition, it identifies problems in both applications. Furthermore, it suggests solutions to these identified problems. The conducted research upon which this writing is based uses pure legal research conducted qualitatively as its research framework. Data and information on principles and applications of burden and quantum of proof are obtained via library research. All of these data and information are then analysed through content analysis and critical analysis methods. The said research finds that there are some inconsistency and inaccuracy in interpreting principles of burden and quantum of proof at syariah courts. The research also finds that despite such ambiguous interpretations, most literatures do not highlight this problem. Thus, this writing emphasizes on the importance of solving all interpretation problems regarding burden and quantum of proof in syariah criminal cases. Hence, a more indepth research should be carried out in ensuring correct and accurate interpretations on burden and quantum of proof among syariah judges and officers.

Keywords: syariah criminal cases; syariah criminal procedure; law of evidence; burden of proof; quantum of proof


Full Text:

PDF

References


‘Ali Ahmad al-Nadwi. 1998. al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-Qalam.

Abi al-Fida’ Ismail bin Kathir Ibn Kathir. 1982. Qisas al-Anbiya’. Juz 1. Beirut: Maktabah al-Islamiyyah.

Abdul Rahman Mustafa. 1988. Prinsip Undang-undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah.

Abu Husain Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi al-Nal-Naysaburi. 1955. Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi. Juz II. Dar ‘Ihya’ al-Kutub al - ‘Arabiyyah.

Abu Musa ibn Ahmad ibn Sarwah al-Tirmizi. 1975. Sunan al-Tirmizi. Juz III. Mesir: Syarikat Maktabat wa Matba’at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih.

Ali Qurah.1952. Al-Usul al-Qadaiyyah Fi al-Muraffah al-Shariyyah. Mesir: Matbaah al-Nahdah.

Al-Kahlani. 1960. Kitab Sahih Muslim Kitab al-Aqdiyah Subul al-Salam. Jld 4. Mesir: Matba’ah al-Babi al-Halabi.

Ahmad AzamMohd. Shariff & Mazupi Abdul Rahman. 2005. Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 9: 1-18.

Ahmad AzamMohd Shariff. 2011. Tatacara Pendakwaan Jenayah Syariah: Analisis ke atas Peruntukan Undang-undang di bawah Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat. 15:1-18.

Ahmad Hidayat Buang. 2008. Penulisan Teks Penghakiman dalam Perundangan Islam. dlm. Ruzman Md. Noor (ed.), Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997. Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: IKIM.

Ashraf bin Md Hashim. 2001. Tahap pembuktian dalam kes-kes Jenayah: penulisan perbandingan antara Undang-undang Sivil dan Islam. Jurnal Syariah. 9(2): 13-32.

Azizah Mat Rashid, Noor Aziah Mohd Awal, Ahmad Azam Mohd Shariff, Nor ‘Adha Abd Hamin & Tg. Noor Azira Tg. Zainuddin. 2019.Menangani Masalah Kelahiran Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Peranan Perundangan Jenayah Syariah dalam Masyarakat. Jurnal Akademika. 89(2). 5-16.

Ibn Nujaym. 1902. al-Asybah wa-al –Nazair. Kaherah: Maktabah al-Husainiyyah.

Ibn Qayyim. t.th. Turuq al-hukmiyyah. Jeddah: Dar Ilmi Fawaid.

Ibrahim I. Wahab. 1972. Law Dictionary English- Arabic. Beirut: Librarie Du Liban.

Ibrahim Muhammad Mahmud al-Hariri. 1998. al-Madkhal Ila al-Qawa'id al-Fiqhiyyah al-Kulliyah. Amman: Dar ‘Ammar.

Mahmud Saedon. 1989. Pembuktian: Kepentingan Beban dan Hukumnya. Jurnal Hukum. 6 (2): 167-193.

Mahmud Saedon. 1990. Undang-undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmud Saedon. 1993. Beban dan Tahap Pembuktian dalam Sistem Pengadilan Islam. Jurnal Syariah. 1(2): 334-338.

Mohd Asri Tahir. 2008. Kaedah-Kaedah Pensabitan bagi Kes-Kes Jenayah Syariah, Kertas Kerja Bil 9/6/2008. Mesyuarat Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama & Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke 6. Bayview Hotel Melaka. JAKIM. 19-21 November 2008.

Muhammad bin Ahmad Al-Qurtubi. 1986. Jil 10. al-Jami’ Li Ahkamil Quran. Beirut: Darul Fikr.

Muhammad bin Ismail al-Sanani al-Kahlani. 1960. Kitab Subul al-Salam. Jil 4. Matba’ah al-Babi al-Halabi.

Muhammad bin Omar bin Salim Bazmul. t.th. Syarh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Khams al-Kubra. Al-Jazair: Dar al-Muhsin.

Muhamad Mustafa al-Zuhaili. t.th. al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-‘ Arba’ah. Juz 1. Damsyik: Dar-Fikr.

Muhammad Rawwas Qan`arji. 1983. Mausu`ah Fiqh Abu Bakar Al-Siddiq. Beirut: Dar al-Nafais.

Salleh bin Ghanim al-Sadlan. 1999. al-Qawai’d al-Fiqhiyyah al-Kubra. Riyadh: Dar Balinsiyah.

Siti Zalikhah Haji Md Nor. 2006. Beberapa Aspek dalam Undang-Undang Keterangan Islam, dlm. al-Syariah: Undang-Undang Keterangan Islam, Siti Zalikhah Haji Md. Nor et. al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Jil.3.

Subhi Mahsamani. 1952. Falsafah al-Tasyrie Fi al-Islam. Beirut: Dar al-Kasyaf.

Subhi Mahmasani. 1987. Falsafah al-Tashri’ al-Jina’I al-Islami. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Suhaizad Saifuddin & Jasri Jamal. 2014. Keperluan Memperkasakan Undang-undang Penguatkuasaan bagi Kesalahan Berhubung Ajaran Sesat di Negeri Sembilan: Satu Kajian. Jurnal Hukum. 39(2). 133-164.

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom & Mohd. Munzil Muhamad. 2019. Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan. Jurnal Kanun. 31(1): 1-34.

Sheikh Ghazali Abdul Rahman. 2003. Kanun Tatacara Jenayah Syariah: Perbandingan Negeri-negeri di Malaysia, dlm. Abdul Munir Yaacob dan Siti Shamsiah Md Supi, Pendakwaan dan Penyiasatan: Konsep dan Amalan, IKIM, Kuala Lumpur.

T.M. Hasbi As-Siddieqie. 1970. Hukum Fiqh Islam. Jakarta: Cetakan Bulan Bintang. Cet 4.

Wafaa’ Yusof & Anita Rahim. 2016. Tatacara Penahanan Pra Perbicaraan Jenayah Syariah di Malaysia: Analisis Menurut Pandangan Fuqaha. Journal of Contemporary Islamic Law.Vol. 1(1): 39-54.

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. 2017. Anisah Che Ngah & Mohamed Anwar Omar Din. Islam Agama bagi Persekutuan: Satu Penulisan Sejarah Perundangan. Jurnal Akademika. 87(3): 177-193.

Zulfakar Ramlee. 2015. Pembuktian dalam Kes Jenayah Syariah Malaysia: Isu dan Penyelesaian, Jurnal Kanun. 27(1): 122-142.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694