CERPEN MIKRO: WACANA KREATIF DALAM P&P PEMBANGUNAN BELIA (SKPM 2023)

Jamiah Manap, Fazilah Idirs

Abstract


Kursus Pembangunan Belia (SKPM 2023) mulai dibuka kepada semua pelajar UKM pada tahun 2012 dan dijadikan kursus CITRA rentas ilmu pada tahun 2013. Pelbagai kaedah P&P digunakan untuk memastikan pelajar yang terdiri daripada generasi Y dan Z dapat menghayati dan menguasai kursus ini dengan baik. Satu daripada pendekatan P&P yang digunakan adalah cerpen mikro. Cerpen mikro dalam konteks ini merupakan cerita pendek yang kurang daripada 250 patah perkataan. Ia diinspirasikan daripada kaedah penceritaan di dalam al-Quran bagi menyampaikan mesej dengan lebih berkesan dan mendalam. Pendekatan cerpen mikro digunakan untuk membolehkan pelajar menghayati isu-isu pembangunan belia dan menyampaikan mesej khusus berkenaan dengan pembangunan belia dengan baik. Sehubungan itu, dalam kajian tindakan ini, 160 pelajar diminta untuk menghasilkan sebuah cerpen mikro yang bertemakan pembangunan belia dan membentangkan cerpen tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Hasilnya, sejumlah 160 buah cerpen telah dihasilkan. Sebahagiannya telah dibentangkan dan dikompilasikan menjadi sebuah antologi cerpen mikro pembangunan belia. Pendekatan P&P ini didapati telah berjaya meningkatkan penghayatan mahasiswa terhadap isu-isu pembangunan belia, menyampaikan mesej yang membina kepada belia, meningkatkan kreativiti dan memberikan pengalaman baru yang bermakna kepada mahasiswa terutamanya bagi pelajar aliran sains dan kejuruteraan. Terdapat juga cerpen mikro yang telah diadaptasikan oleh pelajar kepada filem pendek. Kesimpulannya, cerpen mikro merupakan kaedah PNP yang berkesan dan bersesuaian dengan citra pelajar generasi Y dan Z di institusi pengajian tinggi.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index