ANALISIS KEBERKESANAN PROJEK BERSEPADU DALAM PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK

Siti Rozaimah Sheikh Abdullah

Abstract


Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil satu initiatif untuk melaksanakan Projek Bersepadu (PB) bagi pelajar Tahun II dan III sejak Sesi 2006/2007 sebagai satu langkah untuk meningkatkan lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar. Projek ini menggabungkan tiga atau empat kursus wajib jabatan yang ditawarkan bagi setiap semester. Projek bersepadu yang diberikan kepada pelajar ini merupakan permasalahan kejuruteraan kimia/biokimia yang memerlukan penyelesaian terbuka. Pendekatan ini membolehkan penerapan kemahiran generik terhadap pelajar seperti kepimpinan, bekerja dalam kumpulan, berkomunikasi secara lisan dan bertulis serta belajar mencari maklumat terkini melalui proses pembelajaran sepanjang hayat. Pencapaian pelajar dalam menyiapkan PB telah diukur dan dinilai melalui pembentangan lisan dan laporan bertulis. Kajian ini dilakukan bagi mengukur keberkesanan PB setelah empat tahun dilaksanakan di JKKP. Oleh itu, satu soal selidik telah diagihkan kepada kumpulan pelajar pertama yang telah mengharungi sepenuhnya PB di sepanjang pengajian di JKKP dalam satu majlis ramah mesra sebaik mereka tamat perkuliahan mereka. Keputusan analisis terhadap keberkesanan PB telah menunjukkan peningkatan keyakinan diri dalam kemahiran generik seperti komunikasi lisan dan penulisan, kerja berkumpulan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengenalpastian isu-isu semasa dalam diri pelajar semenjak PB diperkenalkan. Maklum balas yang positif juga diperoleh daripada pelajar dan mereka berpendapat PB perlu
37
diteruskan di masa akan datang kerana PB amat membantu mereka dalam menjalankan projek reka bentuk di tahun akhir pengajian mereka.


Kata kunci: projek bersepadu (PB), pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran generik


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index