Faktor-Faktor Kelewatan Tempoh Penyelesaian Kes Siasatan Cukai di Malaysia: Persepsi Ejen Cukai

Rosiati Ramli, Helmy Mohd Daud, Romlah Jaffar, Mohd Mohid Rahmat

Abstract


ABSTRAK

Penguatkuasaan siasatan cukai dilaksanakan bagi mengutip cukai yang sepatutnya dari aktiviti pelarian cukai melalui pembuktian dokumen dan penghadapan kes di mahkamah. Rangkakerja Siasatan Cukai menyarankan supaya sesuatu kes siasatan diselesaikan bagi tempoh 18 bulan jika menggunakan kaedah akaun ataupun 24 bulan jika menggunakan kaedah modal kerja. Namun, hasil kajian lepas menunjukkan berlakunya kelewatan dalam menyelesaikan kebanyakan kes siasatan cukai yang mengakibatkan kelewatan dalam kutipan cukai yang sepatutnya ini. Justeru kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dari ejen-ejen cukai tentang faktor-faktor yang dianggap mempengaruhi tempoh penyelesaian kes siasatan cukai.Kajian ini telah memilih untuk menyoal selidik sebanyak 364 ejen cukai yang pernah terlibat dengan kes siasatan cukai. Kajian ini mendapati faktor strategi penguatkuasaan sebagai paling mempengaruhi, diikuti faktor kecekapan pegawai siasatan, teknik siasatan yang dgunakan, penalti cukai yang dikenakan, dan yang paling kurang mempengaruhi ialah pemahaman undang-undang cukai. Kajian ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggunakan ejen cukai sebagai responden. Hasil kajian ini dapat memberi input kepada pihak berkuasa cukai tentang strategi yang perlu digunakan bagi mengurangkan kelewatan tempoh penyelesaian kes siasatan cukai, dan seterusnya meningkatkan hasil kutipan cukai sebenar.

Kata Kunci: Siasatan cukai; tempoh penyelesaian; Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060