Hubungan antara Urus Niaga Pihak Berkaitan dan Yuran Audit: Bukti Syarikat Tersenarai di Malaysia

Nor Suhaila Mohd Ghazali, Hamezah Md Nor, Nur Hidayah Waad, Mohd Mohid Rahmat

Abstract


ABSTRAK

Secara umumnya, urus niaga pihak berkaitan (UPB) dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan firma. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam skandal kewangan yang melibatkan UPB menggambarkan bahawa urus niaga ini berpotensi dijadikan alat oleh pihak berkepentingan untuk merampas sumber kekayaan firma. Disebabkan oleh potensi penyalahgunaan tersebut, maka UPB menjadi cabaran dalam kerja audit. Oleh itu juruaudit terdedah dengan risiko audit dan perlu menumpukan masa serta usaha untuk melaksanakan kerja audit. Risiko dan kesukaran dalam kerja audit ini seringkali dikaitkan dengan peningkatan yuran audit. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara UPB dan yuran audit di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini mengkelaskan UPB berdasarkan kompleksiti urus niaga dan pihak berkaitan iaitu terdiri daripada UPB rumit atau UPB mudah dan UPB efektif atau UPB konflik. Kajian ini meliputi 583 buah firma awam yang tersenarai di Bursa Malaysia bagi tempoh 2013 hingga 2017. Kajian ini mendapati UPB rumit, UPB mudah dan UPB efektif menunjukkan hubungan positif dan signifikan dengan yuran audit. Dapatan kajian ini menyokong kepada teori agensi bahawa UPB secara umumnya meningkatkan risiko salah nyata dan kerja-kerja audit. Kajian ini dapat menyediakan maklumat kepada penyedia penyata kewangan mengenai potensi risiko salah nyata penyata kewangan yang timbul daripada UPB. Juruaudit juga perlu memahami kepentingan setiap jenis urus niaga dan pihak berkaitan untuk membuat penilaian dan prosedur audit yang lebih bersesuaian.

Kata Kunci: Urus niaga pihak berkaitan; yuran audit; usaha audit; kompleksiti urus niaga; pihak berkaitan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060