Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia

Rabiatul Hasanah Mahmood, Shahida Shahimi, Latifa Bibi Musafar Hameed, Nazifah Mustaffha

Abstract


Wakaf merupakan instrumen sosioekonomi untuk memperkasakan kebajikan masyarakat dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi dan lain-lain. Di Malaysia, wakaf ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan anak syarikat yang yang ditubuhkan di bawah MAIN seperti Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Wakaf Perak Ar-Ridzuan. Pengurusan wakaf merupakan aspek terpenting bagi menjamin kelangsungan harta wakaf itu sendiri. Tambahan pula, Matlamat ke-16 iaitu Keamanan dan Keadilan dalam Matlamat Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals – SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menekankan bahawa elemen tadbir urus institusi yang baik menyumbang ke arah pembangunan mapan sesebuah negara. Statistik menunjukkan terdapat lebih 11 ribu hektar tanah wakaf terbiar dan tergendala yang melibatkan wakaf am dan wakaf khas. Hal ini disebabkan oleh kelompongan yang terdapat dalam tadbir urus institusi wakaf itu sendiri. Ini menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana pengurusan harta wakaf di Malaysia yang semestinya menjurus kepada tadbir urus institusi wakaf sebagai pihak yang bertanggungjawab. Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara kawalan dalaman dengan tadbir urus yang baik dalam pengurusan wakaf Institusi A. Kajian ini penting bagi memastikan pengurusan wakaf di Malaysia yang lebih baik, bersistematik dan berintegriti, serta seterusnya menjamin kelangsungan harta wakaf di Malaysia. Kaedah kajian adalah berbentuk kualitatif melalui metod perbincangan kumpulan fokus dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa kawalan dalaman memberi kesan terhadap pengurusan wakaf Institusi A. Dapatan kajian ini diharap dapat meningkatkan tahap galakan institusi wakaf dan institusi lain di Malaysia dalam memandang kepentingan kawalan dalaman yang menjadi penyumbang kepada tadbir urus yang baik dalam institusi itu sendiri.
Kata Kunci: institusi wakaf; kawalan dalaman; tadbir urus
ABSTRACT
Waqf is a socio-economic instrument in Islam to empower the welfare of society in various aspects such as education, health, economy and others. In Malaysia, waqf institutions are administered by the State Religious Islamic Councils (SRICs). Some SRICs even established subsidiries such as Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) and Wakaf Perak Ar-Ridzuan. Good Management of waqf properties is important to ensure good governance in waqf institution. Statistic shows that there are more than 11 thousand hectares of idle and disruption waqf land involving general and specific waqf. This problem caused by limited government funds, lack of professionalism and encroachment of waqf land. This poses a question of the extent to which management of waqf property in Malaysia should lead to the management of waqf institutions as a responsible party. The purpose of this study is to examine the relationship between internal control and good governance in management of Institusi A. This study is important to ensure better management of waqf in Malaysia, systematic and integrity, thereby ensuring the survival of waqf property in Malaysia. The paper uses qualitative approach based on focus group discussion and content analysis. The findings show that internal controls affect the management of Institution A. The findings of this study will encourage the waqf institutions in Malaysia particularly and other institutions generally to pay more attention on the importances of internal control which contribute to good governance within the institution itself.
Keywords: governance; internal control; waqf institution


Keywords


institusi wakaf; kawalan dalaman; tadbir urus

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2017-08SI-05

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060