Detecting Financial Statement Fraud by Malaysian Public Listed Companies: The Reliability of the Beneish M-Score Model

Mohamad Ezrien Mohamad Kamal, Mohd Fairuz Md Salleh, Azlina Ahmad

Abstract


ABSTRACT

Various fraud prediction tools have been developed to detect financial statement fraud triggered by earnings manipulation. Among them is the Beneish M-Score model as a financial forensic tool to gauge potential earnings manipulation in firms’ financial statements. The model was found to be effective in detecting 76% of earnings manipulating firms subjected to accounting enforcement actions by the United States Securities and Exchange Commission (U.S. SEC). Furthermore, the earnings manipulation model was also successful in discovering 71% of the most prominent fraudulent financial reporting scandals in the United States prior to public announcement. The current study assesses the reliability of the Beneish M-Score model in detecting earnings manipulation and financial statement fraud committed by Malaysian public listed companies prior to public announcement. The research sample consists of 17 public listed companies of which their directors and top management have been charged and prosecuted by the Securities Commission Malaysia (SC) for committing fraudulent reporting and misstatement from 1996 until 2014. The results show that the Beneish M-score model is reliable in detecting earnings manipulation and financial statement fraud by 82% in 14 out of 17 listed companies charged for fraudulent financial reporting. The findings provide support for the application of the Beneish M-Score model by the management of the company to check for any irregularities in firms’ financial report so that adjustment can be made before submission to Bursa Malaysia to prevent from any potential backlash that could damage firm reputation. The model application is likewise beneficial to prospective and existing shareholders to assist their investment decision making in reducing risk of losses due to fraud. In addition, the findings suggest that the model can be applied by researchers, auditors, and enforcement agencies as an effective detection tool to signal potentially fraudulent reporting companies in Bursa Malaysia for further investigation and enforcement action.

Keywords: Earnings manipulation; Beneish M-Score model; financial statement fraud

ABSTRAK

Di dalam mengesan penipuan penyata kewangan yang dicetuskan oleh manipulasi pendapatan, pelbagai model ramalan penipuan telah dibangunkan baru-baru ini. Antaranya ialah model Beneish M-Score yang telah digunakan sebagai alat forensik kewangan untuk mengesan potensi manipulasi pendapatan dalam penyata kewangan firma, yang dianggap sebagai menyalahi undang-undang dan peraturan perakaunan Amerika Syarikat. Model ini telah didapati berkesan dalam mengesan 76% daripada syarikat-syarikat yang telah memanipulasi pendapatan yang tertakluk kepada tindakan penguatkuasaan perakaunan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC). Tambahan pula, model pengesanan manipulasi pendapatan ini juga telah berjaya mengesan 71% daripada syarikat-syarikat yang terlibat di dalam skandal penipuan laporan kewangan yang paling menonjol di Amerika Syarikat sebelum pengumuman awam dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan model Beneish M-Score untuk mengesan manipulasi pendapatan dan penipuan penyata kewangan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia sebelum pengumuman awam dilakukan. Sampel kajian ini terdiri daripada 17 syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia di mana pengarah dan pengurusan tertinggi berkaitan telah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kerana melakukan penipuan laporan kewangan dan salah nyata dari tahun 1996 sehingga 2014. Keputusan kajian ini mendapati bahawa model Beneish M-score berkesan di dalam mengesan manipulasi pendapatan dan penipuan penyata kewangan pada kadar 82% bagi 14 daripada 17 syarikat-syarikat yang telah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kerana melakukan penipuan laporan kewangan dan salah nyata. Penemuan kajian ini juga menyokong pengaplikasian model Beneish M-score oleh pihak pengurusan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk mengesan potensi penyelewengan di dalam laporan kewangan berkaitan supaya pelarasan boleh dilakukan sebelum dikemukakan kepada Bursa Malaysia, bagi mengelak daripada sebarang tindak balas yang berpotensi menggugat reputasi syarikat jika penipuan dikesan. Pengaplikasian model ini juga berfaedah dan boleh memberi manfaat kepada pemegang saham berpotensi dan sedia ada untuk membantu meraka bagi membuat keputusan pelaburan yang tepat bagi mengurangkan risiko kerugian disebabkan oleh penipuan penyata kewangan. Di samping itu, model Beneish-Mscore ini boleh dimanfaatkan oleh penyelidik, juruaudit dan agensi-agensi penguatkuasaan sebagai alat pengesanan penipuan penyata kewangan yang berkesan bagi memberi isyarat kepada mereka untuk melakukan siasatan selanjutnya sebelum melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

Kata kunci: Manipulasi pendapatan; model Beneish M-Score; penipuan penyata kewangan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.