Pengurusan Sumber Manusia Strategik: Beberapa Isu Penyelidikan

Rozhan Othman

Abstract


ABSTRAK
Konsep pengurusan sumber manusia menyaran satu pendekatan baru dalam pengurusan tenaga kerja. Di antara sifat utama konsep ini ialah penekanan kepada satu pendekatan yang strategik. Ini bererti amalan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi hendaklah meme!'uhi kehendak strategi organisasi. Menurut pengurusan sumber manusia strategik penekanan kepada pendekatan yang berorientasikan strategi seharusnya menghasilkan amalan
pengurusan sumber manusia yang mempunyai kesan positif ke atas prestasi organisasi. Walaupun pengurusan sumber manusia strategik boleh dikatakan diterima agak meluas, bukti empirikal yang menunjukkan wujudnya pengamalan konsep ini agak terbatas. Malahan, kajian-kajian yang dilakukan sejak kebelakangan ini menunjukkan amalan pengurusan sumber manusia seperti yang disaran oleh konsep ini jarang wujud di kalangan organisasi-organisasi.
Sebaliknya, kajian-kajian empirikal menunjukkan amalan
pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi dipengaruhi kontingen berbilang. Tidak wujud bukti yang meyakinkan yang menunjukkan strategi berperanan sebagai penentu bentuk amalan pengurusan sumber manusia. Ini mempunyai beberapa implikasi terhadap pembangunan teori pengurusan sumber manusia. Beberapa isu penting berkaitan dengan masa depan
penyelidikan dalam bidang ini di Malaysia dibincangkan.

ABSTRACT
The human resource management construct calls/or a new approach in the management of the work force. One main feature of this construct is the emphasis on a strategic approach in the management of the work force. This
means that the human resource management practice of an organisation has to fullfil the requirements of the rganisation's strategy. This emphasis on a strategically oriented approach is suppose to have a positive impact on organisational performance. Even though strategic human resource management can be said to have gained widespread acceptance, empirical evidence showing its presence in practice is not substantial. Instead, empirical
studies shows that the human resource management practice of organisation is shaped by multiple contingencies. There is no conclusive evidence to show
that strategy is the determinant of an organisations human resource management practice. This has a number of implications in the development of human resource management theory. A number of issues pertinent to
research in this field in Malaysia is disctfssed.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.