Model Kesediaan Pelaksanaan Teknologi Maklumat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana Ke Arah Era Revolusi Industri 4.0

Jamaiah Haji Yahaya, Siti Rohana Ahmad Ibrahim, Abdul Razak Hamdan, Aziz Deraman, Yusmadi Yah Jusoh

Abstract


ABSTRAK

Pembangunan model kesediaan pelaksanaan teknologi maklumat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah diperlukan bagi mengenalpasti status penggunaan TM di kalangan syarikat PKS terutamanya di Malaysia ke arah revolusi industri 4.0. Kajian ini juga mengkaji halangan-halangan semasa melaksanakan TM di kalangan PKS. Kajian literatur dan empirik mendapati sepuluh faktor kritikal kejayaan PKS dalam pelaksanaan TM iaitu pengurusan, staf, perancangan teknologi maklumat, sumber luar/kewangan, konsultan, vendor, budaya organisasi, pengurusan hubungan dan perubahan, juara TM dan faktor persepsi dan sikap. Model Kesediaan Pelaksanaan Teknologi Maklumat (atau Model mRIME) mengandungi tiga komponen utama iaitu faktor kejayaan, kaedah penilaian dan indeks tahap kesediaan. Dua kajian kes telah dijalankan melibatkan industri untuk menilai penggunaan dan keberkesanan model cadangan ini dan hasil kajian kes menunjukkan bahawa keputusan penilaian model ini adalah bersesuaian, praktikal dan tepat. Model mRIME dapat membantu PKS menggunakan kaedah yang jelas untuk mengukur tahap kesediaan dalam melaksanakan TM di samping memberi justifikasi ke atas pembiayaannya kelak serta memastikan PKS bersedia dan tidak ketinggalan dalam era perniagaan baru Revolusi Industri 4.0.

Kata kunci: Pelaksanaan teknologi maklumat; perusahaan kecil dan sederhana; faktor kejayaan kritikal; model kesediaan pelaksanaan; tahap kesediaan

ABSTRACT

The development of the information technology (IT) implementation readiness model for SMEs is required to investigate the status of usage of IT among SMEs in Malaysia towards the industrial revolution 4.0. It also investigates the obstacles in the implementation of IT in SMEs. Literature and empirical studies have identified ten critical success factors for IT implementation in SMEs namely the management, staff, IT planning, outsourcing/financial, consultants, vendors, organizational culture, relationship management and change, IT champion, and perception and attitude. The IT Implementation Readiness Model (or mRIME) consists of three components: success factors, evaluation method and readiness level index. Two case studies have been conducted involving industry to validate the proposed model and the evaluation results show that the model is appropriate, practical and accurate. The mRIME model could be used to assist SMEs by having a clear method to measure the level of readiness in implementing IT as well as to provide justification for the future funding, and to ensure the SMEs are prepared and not being left behind in the new business era the Industrial Revolution 4.0.

Keywords: Information technology implementation; small and medium enterprise; critical success factors; implementation readiness model; readiness level


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.