Meneroka Dinamik Perhubungan dalam Kumpulan Projek

Zaleha Yazid, Norazila Mat

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meneroka tentang perhubungan antara ahli dalam kumpulan projek di dalam organisasi. Kumpulan projek diwujudkan dengan mengumpulkan pakar dalam pelbagai bidang bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Ini membantu meningkatkan produktiviti dengan cara memanfaatkan perkongsian maklumat dan pengetahuan oleh para pakar berkenaan dalam melaksanakan tugasan. Namun perkara penting dalam pengoperasian kumpulan projek ialah perhubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Perhubungan merupakan satu jaringan sosial yang terbina di antara individu yang melibatkan perasaan, kerjasama dan kebergantungan antara satu sama lain. Apabila bekerja dalam satu kumpulan, perhubungan perlu dititikberatkan untuk memastikan ahli dapat bekerjasama dengan baik. Ini akan mendorong ke arah kumpulan projek yang efektif. Namun kajian berkaitan dengan dinamik perhubungan masih kurang mendapat perhatian daripada pengkaji, khususnya dalam konteks kumpulan projek. Maka kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perhubungan ahli dalam kumpulan projek. Kaedah kualitatif telah digunakan yang mana temuduga separa berstruktur dijalankan dengan melibatkan 15 orang peserta kajian dari dua organisasi di Malaysia. Dapatan kajian telah mengenalpasti tiga faktor yang saling mempengaruhi perhubungan dalam kumpulan projek iaitu: usia, komunikasi dan komitmen.

Kata kunci: Perhubungan; kumpulan projek; kualitatif

ABSTRACT

This study was conducted to explore the relationship between members within project team in organization. Project team is formed by gathering experts from various departments in an organization to work together in order to perform a specific task. It increases productivity by leveraging the sharing of information and knowledge by experts in their respective fields in carrying out their tasks. The most important aspect in the process of a project team is good relationship among the members of the team. Relationship is a social network built up among individuals that involve feelings, co-operation and dependence on one another. When working in a team, relationships need to be emphasized to ensure that the team members work well together. This will ensure an effective teamwork. However, studies on the dynamics of relationship are still lacking, particularly in the context of a project team. Thus, this study was conducted to identify the factors that influence the relationship of members in a team. Qualitative methods have been used where semi-structured interviews are conducted, involving 15 participants from two organizations in Malaysia. The findings have identified three factors that influence each other in a project team: age, communication and commitment.

Keywords: Relationship; project teams; qualitative


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.