Effects of Workplace Incivility, Negative Affectivity and Hurt Feelings on Coworker Helping

Ida Rosnita Ismail, June M. L. Poon, Rasidah Arshad

Abstract


ABSTRACT

Helping behavior among coworkers is important in ensuring organizational functioning. Some researchers propose that the presence of negative work behavior, such as workplace incivility, may reduce helping behavior among coworkers. Research testing the effects of workplace incivility on coworker helping is, however, limited. Therefore, this study sought to address this research gap. Underpinned by affective events theory, the theory of reasoned action, and the norm of reciprocity, this study examined the relationship between workplace incivility and coworker helping using a mediation-moderation framework with hurt feelings as a mediating variable and negative affectivity as a moderating variable. The study sample comprised 463 employees of a public sector organization in Malaysia. The study hypotheses were tested using PLS structural equation modeling. The results of the study showed that (a) workplace incivility was negatively related to coworker helping, and this relationship was mediated partially by hurt feelings, (b) workplace incivility and negative affectivity were both positively related to hurt feelings, (c) hurt feelings was negatively related to coworker helping, and (d) negative affectivity did not moderate the relationship between workplace incivility and hurt feelings. Theoretically, this study contributes to the literature by providing some support for (a) the presence of tit-for-tat exchanges in cases of workplace incivility, (b) the importance of examining discrete emotions in organizational research, and (c) the importance of affective events theory for explaining the link between a work event and a behavioral intention. This study also informs employers and human resource practitioners that workplace incivility is a real and costly problem; thus, appropriate managerial interventions are needed to address this issue.

Keywords: Coworker helping; workplace incivility; hurt feelings; negative affectivity; PLS structural equation modeling

ABSTRAK

Gelagat membantu dalam kalangan rakan sekerja adalah penting dalam memastikan organisasi dapat berfungsi. Sebilangan penyelidik mencadangkan bahawa kehadiran gelagat kerja yang negatif, seperti ketidaksopanan di tempat kerja, boleh mengurangkan gelagat membantu dalam kalangan rakan sekerja. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang menguji kesan ketidaksopanan di tempat kerja terhadap bantuan rakan sekerja adalah terhad. Oleh itu, kajian ini akan mengisi jurang penyelidikan ini. Dengan disokong oleh teori peristiwa afektif, teori tindakan berdasarkan logik dan norma kesalingan, kajian ini meneliti kaitan antara ketidaksopanan di tempat kerja dengan bantuan rakan sekerja menggunakan rangka kerja pengantaraan-penyederhanaan dengan perasaan tersinggung sebagai pemboleh ubah pengantara dan afektiviti negatif sebagai pemboleh ubah penyederhana. Sampel kajian ini terdiri daripada 463 orang pekerja di sebuah organisasi sektor awam di Malaysia. Hipotesis kajian diuji menggunakan model persamaan berstruktur PLS. Hasil kajian menunjukkan bahawa (a) ketidaksopanan di tempat kerja mempunyai hubung kait yang negatif dengan bantuan rakan sekerja, dan kaitan ini diperantarakan sebahagiannya oleh perasaan tersinggung; (b) ketidaksopnan di tempat kerja dan afektiviti negatif mempunyai hubung kait yang positif dengan perasaan tersinggung, (c) perasaan tersinggung mempunyai hubungan kait yang negatif dengan bantuan rakan sekerja, dan (d) afektiviti negatif tidak menyederhanakan kaitan antara ketidaksopanan di tempat kerja dengan perasaan tersinggung. Secara teori, kajian ini menyumbang kepada literatur dengan menyokong (a) kewujudan pertukaran balas balik dalam kes ketidaksopanan di tempat kerja, (b) kepentingan meneliti emosi yang berasingan dalam penyelidikan tentang organisasi, dan (c) kepentingan teori peristiwa afektif untuk menjelaskan hubungan antara peristiwa di tempat kerja dengan niat tingkah laku. Kajian ini juga memaklumkan majikan dan pengamal sumber manusia bahawa sikap tidak sopan di tempat kerja ialah masalah yang wujud dan merugikan; oleh itu, campur tangan yang sewajarnya oleh pihak pengurusan diperlukan untuk menyelesaikan isu ini.

Kata kunci: Bantuan rakan sekerja; ketidaksopanan di tempat kerja; perasaan tersinggung; afektiviti negative; model persamaan berstruktur PLS


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Pengurusan have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Pengurusan, its editors or its publisher. Jurnal Pengurusan, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.