Pengaruh Penerimaan dan Penggunaan Aplikasi ChatGPT dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
ChatGPT (Chat Generative Pre-Trained Transformer) adalah satu bentuk inovasi teknologi kecerdasan buatan generatif (GenAI) yang telah diperkenalkan oleh OpenAI dengan akses global kepada versi GPT-3.5 pada November 2022. Seiring dengan kemajuan teknologi, GPT4.0 kini ditawarkan untuk interaksi teks secara semula jadi dan menjana maklum balas yang diperlukan oleh pengguna khususnya dalam bidang pendidikan. Keupayaannya dalam memberikan jawapan, menjana idea, membantu penulisan, serta menganalisis data telah mendorong peningkatan penggunaan dalam kalangan pelajar universiti untuk menyiapkan tugasan akademik. Namun, faktor serta pengaruh penggunaan dan penerimaan aplikasi ini masih belum dapat dipastikan kerana teknologi ini masih baharu diaplikasikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor peramal yang mempengaruhi penggunaan ChatGPT dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM) sebagai asas dengan menumpukan kepada dua faktor utama, iaitu manfaat dan kemudahan penggunaan, serta dua faktor tambahan, iaitu kepercayaan dan interaktiviti, berdasarkan kajian terdahulu. Kajian ini melibatkan 200 pelajar UKM yang celik teknologi dan mengetahui tentang ChatGPT. Sampel dipilih secara persampelan bertujuan, dan data dikumpulkan melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik dalam talian (Google Form). Hasil kajian mendapati bahawa faktor interaktiviti dan manfaat mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penggunaan dan penerimaan aplikasi ChatGPT, manakala persepsi kemudahan penggunaan dan faktor kepercayaan tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan bagi pihak universiti dalam menilai perkembangan penggunaan aplikasi GenAI dalam kalangan pelajar serta membantu merangka strategi bagi penerapan kemahiran teknologi interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: Kecerdasan buatan generatif, penerimaan GenAI, penggunaan GenAI, Model Penerimaan Teknologi, pelajar universiti.
Full Text:
PDFReferences
Abdullah, H. S. V., Alias, A. K., Tasir, Z., & Sharef, N. M. (2023). Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (Generative Artificial Intelligence) dalam Pendidikan Tinggi. MQA Malaysia. https://www.mqa.gov.my/new/pubs_adv_notes_2023.cfm
Aliff Nawi. (2019). Penerokaan awal terhadap isu dan impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan terhadap kehidupan manusia. Asian Journal of Civilizational Studies (AJOCS), 1(4), 24-33.
Alzubi, S. F. (2024). Challenges of using the ChatGPT application in journalism work. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 40(4), 164–180.
Alsharida, R., Hammood M. M., & A-Emran, M. (2021). Mobile learning adoption: A systematic review of the technology acceptance model from 2017 to 2020. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET), 16(5), 147-162.
Dale, R. (2021). GPT-3 What’s it good for? Natural Language Engineering, 27(1), 113-118.
Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information technology. MIS Quartely, 13(3), 319-340.
Ferdinand, A. (2006). Strategic Pathways Toward Sustainable Competitive Advantage (Unpublished DBA Theses, Southern Cross, Lismore, Australia).
Foltynek, T., Bjelobaba, S., Glendinning, I., Khan, Z. R., Santos, R., Pavletic, P., & Kravjar, J. (2023). ENAI recommendations on the ethical use of artificial intelligence in education. International Journal for Educational Integrity, 19, 12. https://doi.org/gr8gh2
Gleason, J. P., & Lane, D. R. (2009). Interactivity redefined: A first look at outcome interactivity theory. Paper presented at the Annual Meeting of the National Communication Association.
Han, Z., Battaglia, F., Udaiyar, A, Fooks, A., & Terlecky, S. R. (2024). An explorative assessment of ChatGPT as an aid in medical edication: Use it with caution. Medical Teacher, 46(5), 657-664.
Holstein, K., Aleven, V., & Rummel, N. (2020). A conceptual framework for human–AI hybrid adaptivity in education. In Bittencourt, I., Cukurova, M., Muldner, K., Luckin, R., & Millán, E. (Eds.), Artificial Intelligence in Education (Vol. 12163, pp. 240–254). 21st International Conference AIED 2020AIED 2020. Lecture Notes in Computer Science. Springer International Publishing. https://doi.org/10.1007/978-3-030-52237-7_20
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian (Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia).
Joseph, S., Tahir, A., Bibi, F., Hamid, K., Iqbal, M. W., Ruk, S. A., & Ahmad, S. Z. (2024). A review analysis on using “AIED” to improve student engagement in hybrid education. Bulletin of Business and Economics (BBE), 13(2), 424–435. https://doi.org/10.61506/01.00348
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). (2024). Garis Panduan Teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (KBG) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Tinggi. Jabatan Pendidikan Tinggi. https://jpt.mohe.gov.my/portal/index.php/ms/penerbitan/175-garis-panduan-penggunaan-teknologi-kecerdasan-buatan-generatif-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp-pendidikan-tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). (2015). Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0.
Keskinbora, K., & Güven, F. (2020). Artificial intelligence and ophthalmology. Turkish Journal of Ophthalmology, 50(1), 37–43. https://doi.org/10.4274/tjo.galenos.2020.78989
Kalla, D., & Smith, N. (2023). Study and analysis of ChatGPT and its impact on different fields of study. International Journal of Innovative Science and Research Technology, 8(3), 827-833.
Lippert, S. K. (2001). An Exploratory Study into the Relevance of Trust in the Context of information System Technology. George Washington University.
Liu, X., Zheng, Y., Dua, Z., Ding, M., Qian, Y., Yang, Z., & Tang, J. (2021). GPT understands, too. AI Open, 5, 208-215.
Lund, B. D., & Wang, T. (2023). Chatting about ChatGPT: How may AI and GPT impact academia and libraries? Library Hi Tech News.
Mcknight, D. H., Carter, M., Thatcher, J. B., & Clay, P. F. (2011). Trust in a specific technology: An investigation of its components and measures. ACM Transactions on Management Information System, 2(2), 12-32. https://doi.org/10.1145/1985347.1985353
Messeri, L., & Crockett, M. J. (2024). Artificial intelligence and illusions of understanding in scientific research. Nature, 627(8002), 49–58. https://doi.org/gtp59w
Miao, F., Holmes, W., Huang, R., & Zhang, H. (2021). AI and Education: Guidance for Policy-Makers. UNESCO. https://doi.org/10.54675/PCSP7350
Mohd Azul, M. S., & Nurul Madiha, M. I. (2017). Pengalaman dan kesedaran pengguna dewasa terhadap isu pengawasan di media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 502–512. https://doi.org/p7nv
Molenaar, I. (2022). Towards hybrid human-AI learning technologies. European Journal of Education, 57(4), 632–645. https://doi.org/10.1111/ejed.12527
Muharam, A. (2023). Teknologi AI pemudah proses pembelajaran, cetus kreativiti pelajar. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2023/02/1067491/teknologi-ai-pemudah-proses-pembelajaran-cetus-kreativiti-pelajar
Mukred, M., Mokhtar, U. A., & Hawash, B. (2023). Exploring the acceptance of ChatGPT as a learning tool among academicians: A qualitative study. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 39(4), 306–323. https://doi.org/p7nv
Nazura Abdul Manap, & Azrol Abdullah. (2020). The threats of artificial intelligence in Tort: Rhetoric or reality? Jurnal Undang-undang Malaysia, 32(1), 1-28. https://doi.org/p7nx
Nisar, S., & Aslam. M. (2023). Is ChatGPT a Good Tool for T&CM Students in Studying Pharmacology? SSRN. https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=4324310
Russell, S. J., & Norvig, P. (2022). Artificial Intelligence: A Modern Approach. Pearson Education Limited.
Russell, S. J., & Norvig, P. (2019). Artificial intelligence: A technological prototype in recruitment. Journal of Service Science and Management, 12(3), 382–390. https://doi.org/gq8v29
Schwalbe, N., & Wahl, B. (2020). Artificial intelligence and the future of global health. The Lancet, 395(10236), 1579–1586. https://doi.org/10.1016/S0140-6736(20)30226-9
Shabbir, J., & Anwer, T. (2018). Artificial Intelligence and its Role in Near Future. arXiv:1804.01396. https://doi.org/10.48550/arxiv.1804.01396
Shabbir, J., & Anwer, T. 2015. Artificial intelligence and its role in near future. Journal of Latex Class Files, 14(8), 1-11.
Shelena, S. N., & Mazidah, M. R. (2023). Tantangan penggunaan ChatGPT dalam pendidikan ditinjau dari sudut pandang moral. Edukatif: Jurnal Ilmu Pendidikan, 5(1), 456-463.
Tableau. (2023). What is the history of artificial intelligence (AI)? https://www.tableau.com/data-insights/ai/history
Zawacki-Richter, O., Marín, V. I., Bond, M., & Gouverneur, F. (2019). Systematic review of research on artificial intelligence applications in higher education – Where are the educators? International Journal of Educational Technology in Higher Education, 16, 39. https://doi.org/10.1186/s41239-019-0171-0
Zul Imran Ahmad, Mohd Azul Mohamad Salleh, & Normah Mustaffa. (2023). Preventive measures in problematic gaming in Asia: A systematic literature review. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 39(2), 136–151. https://doi.org/p7nz
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528