Kepentingan Kecerdasan Emosi dan Pengaruhnya ke atas Komunikasi Berkesan Kakitangan Agensi Penguat Kuasa

Shariffah Hanim Syed Ismail, Maizatul Haizan Mahbob

Abstract


Kecerdasan emosi yang positif penting bagi mewujudkan komunikasi berkesan ke atas kakitangan agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang merupakan antara agensi penguatkuasa utama negara. Menyedari hakikat ini, keupayaan kecerdasan emosi dan memiliki kemampuan berkomunikasi berkesan sewaktu berdepan dengan apa jua cabaran adalah penting dalam menjalankan kerja penguatkuasaan. Artikel ini mengupas kepentingan kecerdasan emosi dan pengaruh kecerdasan emosi terhadap komunikasi berkesan kakitangan badan penguatkuasa utama negara. Kajian merangkumi dimensi kecerdasan emosi yang terdiri daripada dimensi kesadaran diri, kawalan diri dan kemahiran sosial terhadap komunikasi berkesan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang responden daripada kakitangan badan penguat kuasa iaitu PDRM, JIM dan JKDM. Model Kecerdasan Emosi dan Model Komunikasi Berkesan digunakan sebagai kerangka kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 22 bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan item serta menguji hipotesis yang dikemukakan. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua aspek kecerdasan emosi yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan komunikasi berkesan. Analisis regresi menunjukkan kecerdasan emosi menyumbang sebanyak 48.5 peratus terhadap komunikasi berkesan. Justeru, dimensi kemahiran sosial didapati sebagai penyumbang utama yang mempengaruhi komunikasi berkesan terhadap kakitangan badan penguat kuasa tersebut. Implikasi kajian ini menunjukkan pentingnya kakitangan penguat kuasa mempunyai kesedaran diri, kawalan diri dan kemahiran sosial yang tinggi supaya komunikasi berkesan dapat diwujudkan dalam kerja penguatkuasaan.

 

Kata kunci: Kecerdasan Emosi (EQ), kesedaran diri, kawalan diri, kemahiran sosial, komunikasi berkesan.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3904-11


Full Text:

PDF

References


Abi, A. R. (2019). Kecerdasan emosional dalam kepemimpinan pendidikan. SOTIRIA Jurnal Theologia dan Pendidikan Agama Kristen, 2(1), 60-68.

Abdullah, M. Z. (2010). Hubungan di antara kecerdasan emosi dengan stress dalam kalangan Anggota Unit Pasukan Gerakan Marin Wilayah 2 Polis DiRaja Malaysia Johor [Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai].

Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2000). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. (2003). Panduan menggunakan teori motivasi di tempat kerja. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Amir Aris, & Ahmad Rozelan Yunus. (2016). Siri latihan pembangunan staf: Komunikasi berkesan. Researchgate. https://www.researchgate.net/publication/308414649_KOMUNIKASI_BERKESAN

Baker, R., & Ibrahim, H. I. (2015). Tekanan kerja dalam organisasi kepolisian: Tinjauan dalam perspektif kecerdasan emosi. Jurnal Kemanusiaan, 23, 1-24.

Baloch, Q. B., Saleem, M., Zaman, G., & Fida, A. (2014). The impact of emotional intelligence on employees' performance. Journal of Managerial Sciences, 8(2).

Bernama. (2022, December 9). Penstrukturan semula Jabatan Imigresen, wujud jawatan baharu buka laluan kerjaya. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penstrukturan-semula-jabatan-imigresen-wujud-jawatan-baharu-buka-laluan-kerjaya-395979

Bernama. (2023, April 4). Kekuatan anggota polis tidak mencukupi berbanding jumlah penduduk. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kekuatan-anggota-polis-tidak-mencukupi-berbanding-jumlah-penduduk-414060

Brackett M. A., Rivers S. E., & Salovey P. (2011). Emotional intelligence: Implication for personal, social, academic and workplace success. Social and Personality Psychology Compass, 5(1), 88–103. https://doi.org/10.1111/j.1751-9004.2010.00334.x

Carvalho, M., Cabral, I., Verdasca, J. L., & Alves, J. M. (2021). Strategy and strategic leadership in education: A scoping review. Frontiers in Education, 6, 706608. https://doi.org/10.3389/feduc.2021.706608

Chan Siok Gim, & Rodziah Mohamad Nor. (2012). Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan perilaku dan prestasi akademik pelajar sekolah menengah di Bachok, Kelantan. Akademika, 82(2), 109-118.

Cherry, K. (2018). What are the big 5 personality traits? Openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, and neuroticism. Verywell Mind. https://www.verywell.com/the-big-five-personality-dimensions-2795422

Chang, H. H., Hung, C. J., & Hsieh, H. W. (2014). 48 Virtual teams: Cultural adaptation, communication quality, and interpersonal trust. Total Quality Management and Business Excellence, 25(11-12), 1318-1335.

Esnaola, I., Revuelta, L., Ros, I., & Sarasa, M. (2017). The development of emotional intelligence in Adolescence. Anales de Psicología, 33(2), 327–333. https://doi.org/10.6018/analesps.33.2.251831

Goverover, Y., Chiaravalloti, N., & DeLuca, J. (2005). The relationship between self-awareness of neurobehavioral symptoms, cognitive functioning, and emotional symptoms in multiple sclerosis. Multiple Sclerosis Journal, 11(2), 203-212.

Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. Why it can matter more than IQ. Bantam Books.

Goleman, D. (2018). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ (25th ed.). New York: Bantam Books.

Goleman, D. (2004). What makes a leader? Harvard Business Review, 82, 82-91.

Greenberg, L. S. (2004). Emotion-focused therapy. Clinical Psychology & Psychotherapy, 11(1), 3-16.

Heywood, P., Marquette, H., Peiffer, C., & Zuniga, N. (2017). Integrity and integrity management in public life [Working paper/preprint, University of Birmingham]. https://research.birmingham.ac.uk/en/publications/integrity-and-integrity-management-in-public-life

Huda, N. (2015). Pengaruh konsep diri, kecerdasan emosional, dan prestasi belajar kewirausahaan terhadap motivasi bertechnopreneurship siswa jurusan teknik komputer dan Jaringan SMK Tamansiswa Jetis Yogyakarta [Dissertation, Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia].

Jabatan Kastam Diraja Malaysia. (n.d.). Portal e-direktori – Kastam Kuala Lumpur. https://edirektori.customs.gov.my/portal-allstate?x=MTRWRlMzOGFtZTIwMjMxMjE0MDA=&km=639b67045a85f558467317450590acdc

Jalaludin Rahmat. (2013). Psikologi komunikasi. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.

Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman, & Hanina Halimatus Saadiah Hamsan. (2005). Pemantapan nilai integriti individu sebagai teras pembangunan staf berkualiti. Prosiding Seminar Kebangsaan Sumber Manusia 2005, anjuran Universiti Teknologi Malaysia.

Kirk, B., Schutte, N., & Hine, D. (2009). Chapter 9: The role of emotional self-efficacy, emotional intelligence, and affect in workplace incivility and workplace satisfaction. In Härtel, C. E. J., Ashkanasy, N. M., & Zerbe, W. J. (Ed.) Emotions in groups, organizations and cultures (Research on Emotion in Organizations, Vol. 5, pp. 211-225). Emerald Group Publishing Limited.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurements, 30(3), 607–610.

Klaver, J. J. J. (2008). The relationship between organizational policies and official misconduct: A quantitative survey of ethics in small and medium size municipal police departments in the Commonwealth of Pennsylvania [Doctoral dissertation, Capella University].

Lewis, D., & Shea. T. (1996). The impact of culture on management information needs. International Journal of Management, 13(2), 241-248.

Manimozhi, G., & Srinivasan, P. (2019). Emotional intelligence and academic achievement: A meta analysis. American Journal of Educational Research, 21(2), 179-181.

Mat Zizi Ismail, Ramli Yaacob, Hamidon Abd Rahman, Nur fatima Awang Da, & Sapinah Zakaria. (2020). Asas komunikasi untuk pemimpin pendidikan. Institut Aminuddin Baki.

Mayer, J. D., Caruso, R., & Salovey, P. (1999). Emotional intelligence meets traditional standards for intelligence. Intelligence, 27, 267-298.

Megat Ayop Megat Arifin, & Abd. Halim Ahmad. (2016a). Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 138-149.

Megat Ayop Megat Arifin, & Abd. Halim Ahmad. (2016b). Konsep integriti dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM): Satu tinjauan awal. Malaysian Journal of Society and Space, 12(8), 135-147.

Mohamad Hafifi Jamri, Nurzali Ismail, Jamilah Ahmad, & Darshan Singh. (2017). Kempen kesedaran kesihatan awam: Satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3), 1-20.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Rosman Md Yusoff, Mohd Azhar Abd. Hamid, Muhammad Fauzi Othman, & Nasir Markom. (2012). Etika kerja dalam kalangan penjawat awam Malaysia: Perbincangan makro dan mikro ke atas pembuatan keputusan etika. Sains Humanika, 58(1).

Mohd Zarawi Mat Nor, & Norliza Kushairi. (2016). Kajian tindakan untuk guru bimbingan & kaunseling. Kelantan: UniPress Sdn. Bhd.

Muhamad, N., Hussin, N. L., & Zokri, M. F. M. (2020). Hubungan komitmen organisasi, motivasi pekerja dan kecerdasan emosi pekerja terhadap produktiviti kerja. Journal of Business Innovation, 5(1), 72-81.

Muzaffar, S. M. (2016, Jun 29). Budaya integriti penjawat awam. Utusan Malaysia (Online).

Neale, S., Spencer-Arnell, L., & Wilson, L. (2011). Emotional intelligence coaching: Improving performance for leaders, coaches and the individual (1st ed.). Kogan Page.

Nurul Jamilah Ismail Rani, Nur ‘aina Nabila Dundai Abdullah, & Nursyamimi Harun. (2017). Keberkesanan komunikasi dan kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah. Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017), pp. 576-583.

Ornstein, A. C. (1991). Problems facing school superintendents and school board presidents of large school districts. Urban Rev, 23, 207–214.

Paavola, L E. (2017). The importance of emotional intelligence in early childhood. Laurea University of Applied Sciences. https://www.theseus.fi/bitstream/handle/10024/131619/BA Thesis of Lilla Paavola.pdf?sequence=1

Rexhepi, G., & Berisha, B. (2017). The effects of emotional intelligence in employees' performance. International Journal of Business and Globalisation, 18(4), 467-479.

Sharita Abd. Ghoni, Asmah Othman, & Nora Abas. (2017). Kajian keberkesanan penyampaian maklumat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Polimas. e-Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx 17), pp. 1-9.

Shiply, N. L., Jackson M. J., & Segrest S. H. (2010). The effects of emotional intelligence, age, work experience, and academic performance. Research in Higher Education Journal (9), 1-18.

Sulaiman Bin Kadikon, & Liza Binti Narawi (2013). Persepsi staf terhadap amalan 5S menurut pendekatan Islam Hadhari. Kajian di Pejabat Bendahari, UTM [Universiti Teknologi Malaysia]. CORE. https://core.ac.uk/download/11786336.pdf

Tengku Elmi Azlina, Nor ‘Adha Abdul Hamid, Azizah Mat Rashid, Norul Huda Bakar, & Norashikin Azmi. (2015). Kesalahan akhlak dan perkaitannya dengan faktor kematangan, kerohanian dan kesedaran kendiri individu. World Academic and Research Congress 2015 (World-AR 2015) Ar-Rahim Hall, YARSI University, Jakarta, Indonesia, 9th – 10th December 2015.

Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Shazarina Zdainal Abidin, Mohamad Fuad Ishak, & Ahmad Shafiq Mat Razali. (2014). Kemahiran sosial menurut perspektif Islam: Aplikasinya dalam membentuk keperibadian pelajar. Jurnal Pendidikan, 1(2), 42- 56.

Wong, K. (2003). Police studies in Asia. Proceedings of the International Police Studies Conference, College of Justice & Safety, Eastern Kentucky University. Richmond: USA.

Ying, N. G. (2017). Hubungan kecerdasan emosi dan prestasi kerja dalam kalangan guru SJKC Daerah Kota Tinggi [Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia].

Yunia, S. A. P., Liyanovitasari, & Saparwati, M. (2019). Hubungan kecerdasan emosional dengan kenakalan remaja pada siswa. Jurnal Ilmu Keperawatan Jiwa, 2(1), 55–64.

Zarina Abu Baker, & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2014). Keberkesanan penggunaan kaedah peta i-Think dalam kalangan guru senior Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan di daerah Seremban. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 32-43.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528