Fakta Sejarah dan Proses Kreatif Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

Siti Nur Izra Safra' Abdul Halim, Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract


Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) merupakan filem sejarah arahan Syamsul Yusuf yang berinspirasikan tokoh sejarah Mat Kilau. Filem ini telah berjaya meraih gelaran ‘box office’ dengan kutipan sebanyak RM 90 juta dalam tempoh 33 hari tayangan. Walaupun filem ini mendapat kutipan yang tinggi, terdapat beberapa ahli akademik telah mendakwa fakta sejarah dalam filem ini adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan “apakah proses kreatif yang telah dilalui oleh filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) bersandarkan kepada sejarah tokoh Mat Kilau?”. Bagi menjawab persoalan ini, aspek watak dan perwatakan, peristiwa serta budaya akan diteliti dengan membandingkan filem dengan sejarah tokoh Mat Kilau berdasarkan teori intertekstualiti. Data bagi artikel ini diperoleh daripada reka bentuk kajian kualitatif. Metodologi utama bagi memperoleh data kajian adalah dengan kaedah analisis kandungan.  Dapatan kajian yang dirakam dalam artikel ini adalah aspek watak dan perwatakan serta peristiwa dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) telah mengalami tiga prinsip intertekstualiti iaitu transformasi, ekspansi dan eksistensi. Manakala, aspek budaya dalam filem ini telah mengalami prinsip transformasi serta modifikasi. Aspek budaya yang mengalami prinsip tersebut dapat dikategorikan kepada budaya kebendaan yang meliputi senjata dan busana serta budaya bukan kebendaan seperti silat dan bahasa pertuturan.

 

Kata kunci: Adaptasi, filem Melayu, filem sejarah, kritikan filem, Mat Kilau.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3903-12


Full Text:

PDF

References


Ariff Bukhari Ahmad Basri. (2014). Analisis naratif teknik kesan khas visual (VFx) dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Libas [Tesis Sarjana, Universiti Malaysia Sabah].

Asmah Hj. Omar. (2008). Susur galur Bahasa Melayu (2nd ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Astro Awani. (2022, Julai 25). Mat Kilau cecah RM 90 Juta, Syamsul Yusof akui filemnya tidak sempurna. https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mat-kilau-cecah-rm90-juta-syamsul-yusof-akui-filemnya-tidak-sempurna-372791

Ayu Haswida Abu Bakar. (2015). Konsep tema ‘Islamik’ dalam ‘Filem Islamik’ Syurga Cinta (2009). Jurnal Pengajian Melayu, 26, 167-185. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/61222/8.pdf

Buyong bin Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (1983). Dialek Pahang: Rangka pengenalan. Jurnal Dewan Bahasa, 2.

Desmond, J., & Hawkes, P. (2006). Adaptation: Studying film and literature. NY: McGraw Hill.

Donn, E. D. (1972). Weapons & fighting arts of the Indonesian Archipelago. Vermont: Charles E. Tuttle Company.

Fairuladilan Hamadun. (2018). Sejarah penerbitan wayang dan teknik penyuntingan babak filem Hang Tuah (1956). International Journal of Creative Future & Heritage, 6(2), 17-52. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/98126/2.pdf

Fairuladilan Hamadun, Nasirin Yusoff, & Nur Syahirah Anani Nor Adzli. (2021a).Representasi stailistik Filem Hang Tuah (1956). International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 9(1), 1–17. https://doi.org/10.47252/teniat.v9i1.387

Fairuladilan Hamadun, Nasirin Yusoff, & Nur Syahirah Anani Nor Adzli. (2021b). Hikayat Merong Mahawangsa (2011) from film history perspective. AIP Conference Proceedings, 2347(1), 020164. https://doi.org/10.1063/5.0051906

Field, S. (1990). Lakon layar asas penulisan skrip (Terj. Raja Omar Ibrahim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gopinath, A. (1991). Pahang, 1880-1933: A political history. Kuala Lumpur: Council of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

Johan Iskandar. (2018). Destar Alam Melayu: Asal-usul, sejarah dan penggunaan. Shah Alam: Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu.

Kristeva, J. (1980). Desire in language – A semiotic approach to literature and art. Oxford: Columbia University Press.

Mawar Safei. (2010). Novel intertekstual Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Nazreen Shahrul Hamid. (2014). Filem Hikayat Merong Mahawangsa: Interpretasi dan Komersialisme. Tunas Cipta, Bil. 12.

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, & Md Salleh Yaapar. (2015). Adaptasi Teks Hikayat Merong Mahawangsa kepada filem: Analisis perbandingan unsur naratif. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 201-223. https://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/4488

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Md. Salleh Yaapar, & Sahidin Nitiphak. (2020). Adaptasi teks sejarah kepada filem: Kajian bandingan teks sejarah Kerajaan Melayu Patani of Langkasuka. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 13(2), 299-318. https://doi.org/10.37052/jm.13(2)no6

Mohd Pauzi Ab. Raof. (2011). Peristiwa Bukit Kepong dalam novel Bukit Kepong dan Filem Bukit Kepong berdasarkan pendekatan historisme baru [Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia].

MPP UiTM KBM. (2021, April 3). KELAB PSSCM - [H.O.M.E 2021] [Video]. YouTube. https://youtu.be/66Evf49qMs0

Muhammad Hasnimizan Ishak, & Muammar Ghaddafi Hanafiah. (2019). Seni bela diri Melayu dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi. Akademika, 89(1), 69-79. https://ejournals.ukm.my/akademika/article/view/31249

Muhammat Md Noh, & Mastura Muhammad. (2021). Character portrayal and Malay women characters in Malay classical cinema during studio era: Musang Berjanggut (1959), Tun Fatimah (1962). ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities, 5(1), 26-39. https://ejssh.uitm.edu.my/images/Vol5April2021/11378ART_EJSSHVOL5_3_APR2021.pdf

Nor Hafidah Ibrahim, Melor Fauzita Md. Yusoff, & Rohaya Md. Ali. (2018). Leftenan Adnan: Manifestasi penggunaan retorik dalam filem. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issue, 578-585.

Norwani Md Nawawi. (2007). Malaysian songket. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Shaeda Abd Rahman. (2017). Self determination menerusi watak wanita dalam filem Embun (2002) dan Paloh (2003) [Tesis Sarjana Muda Universiti Teknoloi MARA].

Rahmah Bujang, & Nor Azlin Hamidon. (2002). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Rosaini Mahmud. (2011). Nilai-nilai murni dalam filem Bukit Kepong dan penggunaan filem dalam pengajaran [Tesis Ijazah, Universiti Putra Malaysia].

Shuib Dan. (2005). Konsep alam pantun Melayu: Analisis intertekstualiti [Tesis Sarjana, Universiti Malaya].

Siti Rahimah Buniamin. (2013). Patriotisme sebagai elemen sinema nasional: Kajian terhadap filem Tanda Putera (2013) [Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi MARA].

Syamsul Yusuf. (Pengarah). (2022). Mat Kilau: Kebangkitan pahlawan [Filem]. Studio Kembara.

Talib Samat. (2007). Jejak Pahlawan Mat Kilau: Tokoh Pahlawan Nasional. Bukit Mertajam, Pulau Pinang: Goal Intelligent Pub.

Talib Samat, & Azhar Wahid. (2013). Menelusuri perjuangan tiga tokoh pahlawan (Rawa) Pahang: Tok Shaharom, Tok Gajah dan Mat Kilau. Tanjung Malim: Penerbit Mentari.

Winstedt, R. O. (1923). MALAYA The Straits Settlements and the Federated and underated Malay States. London: Constable & Co Ltd.

Zaidi Mohamad. (2022, Jun 26). Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan raih RM3 Juta. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/hiburan/wayang/2022/06/970004/mat-kilau-kebangkitan-pahlawan-raih-rm3-juta


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528