Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan

Farra Humairah Mohd, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Fazilah Husin, Anida Sarudin, Nur Farahkhanna Mohd Rusli

Abstract


Cerpen kanak-kanak masa kini telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak. Sehubungan itu, karya-karya yang wataknya terdiri daripada golongan dewasa terus dinikmati oleh kanak-kanak sehingga akhirnya merumitkan pendefinisian kesusasteraan kanak-kanak. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti watak kanak-kanak yang berkomunikasi secara berkesan dalam cerpen kanak-kanak pilihan dan menganalisis adab berkomunikasi antara watak-watak tersebut yang diungkapkan oleh pengarang berdasarkan enam (6) kaedah komunikasi dalam Surah Luqman. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah analisis teks. Terdapat 5 kumpulan cerpen kanak-kanak pilihan yang digunakan dalam kajian ini iaitu kumpulan cerpen kanak-kanak dari tahun 2012 hingga 2015. Dapatan kajian menunjukkan cerpen kanak-kanak pilihan yang diteliti menepati enam (6) adab berkomunikasi dalam Surah Luqman iaitu mengunakan kaedah i) panggilan dan sapaan, ii) perlambangan, iii) pengulangan, iv) penjelasan, v) perhatian, vi) pemilihan idola. Hal ini bermakna menerusi komunikasi yang beradab, segala urusan kanak-kanak dapat dilalui dengan mudah dan menemui kejayaan. Hal inilah yang cuba dibuktikan dalam karya sastera kanak-kanak Melayu khasnya cerpen sebagai salah sebuah karya sastera yang berfungsi bukan sahaja memberi pengajaran tetapi menghiburkan khalayaknya. Justeru, sudah sampai masanya bahan bacaan kanak-kanak di Malaysia ini perlu mengetengahkan khazanah warisan yang diwarisi sejak turun-temurun dan bukannya bergantung kepada karya-karya dari Barat yang jauh menyimpang daripada adab ketimuran apatah lagi nilai-nilai keIslaman.

 

Kata kunci: Adab, komunikasi, cerpen kanak-kanak pilihan, watak kanak-kanak, Surah Luqman.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3901-29


Full Text:

PDF

References


Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad. (2001). Santun komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa, & Ahmad Munawar. (2012). Memperkasakan jati diri Melayu Muslim menerusi pendidikan Islam dan pengajaran akhlak. Jurnal Hadhari, Special Edition, 23-35.

Ahmad Fadzilah Muhamad. (2012). Wajah pada skrin. Kajang: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Al-Quran.

Al-Attas, S. M. N. (2001). Risalah untuk kaum muslimin. Kuala Lumpur: ISTAC.

Arba’ie Sujud, & Nik Rafidah Nik Muhamad Effendi. (2011). Pembentukan emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 22, 66-89.

Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, & Lily Salwani Razali. (2011). Fenomena sosial dalam cerita rakyat kanak-kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2(1), 138-151.

Arba’ie Sujud, Nurul Azimah Abdull Sedik, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, & Intan Zahariah Gaisun. (2014). Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Jurnal Melayu, 13, 72-84.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, & Jamaludin Ramli. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik. (1989). Mengapa kanak-kanak membaca? Konvensyen Sastera Kanak-kanak 1989, 26-27 Jun 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cook-Gumperz, J., & Corsaro, W. A. (1977). Social-ecological constraints on children's communicative strategies. Jurnal of Sociology, Sage Publications, 11(3), 411-434.

Faridah Samsudin. (2003). Masalah penerbitan buku kanak-kanak (Kertas kerja seminar). Kertas Kerja Terbitan Sastera Kanak-kanak, 22 hingga 23 Oktober, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Farra Humairah Mohd, & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 7, 35-51.

Farra Humairah Mohd. (2018). Pemikiran dalam cerpen kanak-kanak pilihan dari tahun 2012 hingga 2015 [Tesis PhD, Universiti Putra Malaysia]. UPMIR.

Faziela Abu Bakar @ Che Din, & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Unsur konflik dalam novel remaja terpilih. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 52-63.

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halliday, M. A. K. (1975). Learning how to mean: Explorations in the development of language. London: Edward Arnold. https://doi.org/10.1016/B978-0-12-443701-2.50025-1

Hybels, S., & Weaver, H.R. 2001. Communicate effectively (6th ed.). Boston: McGraw-Hill.

Izzah Abdul Aziz. (2001). Kesusasteraan kanak-kanak dan remaja di Malaysia: Suatu kenyataan atau impian? (Kertas kerja seminar). Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja, 7 hingga 8 November, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamil, Kusyi Hirdan, Roziah Adama, Siti Zarinah, & Tg. Norlaila. (2015). Kek cawan online. Shah Alam: Prima Sdn. Bhd.

Khairul Azhar Meerangani. (2017). Kaedah pembentukan karakter anak-anak menurut Islam: Analisis Surah Luqman. Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Insan, Kolej Universiti Islam Melaka, Melaka.

Mahzan Arshad. (2004). Kajian tentang bahan sastera kanak-kanak di Malaysia (Kertas kerja seminar). Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak, 28 November, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Misran Rokimin. (2001). Sastera kanak-kanak dan remaja sebagai agen pembangunan (Kertas kerja seminar). Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak, 26 hingga 27 April, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Sharif Mohd. Saad, & Alimah Salam. (2001). Pengisian dan pengukuhan sastera kanak-kanak dan remaja pada alaf baru. Peranan dan cabaran perpustakaan (Kertas kerja Seminar). Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak, 26 hingga 27 April, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Muhammad Zafran Anas Ahmad Nor Khushairi, Hasrul Hashim, & Nurul Akqmie Badrul Hisham. (2022). Analisis estetika penerbitan kandungan kreatif video media sosial: Kajian terhadap Instagram Khairulaming. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 38(4), 268–285. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2022-3804-15.

Muhd Norizam Jamian, & Shaiful Bahri Md. Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 183-194. http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/14925

Natasha Effyzal, Aizam Aiman, Iman Qaisara, Haryani Kamilan, & Adha Ameera. (2013). Kisah Si Puteri: Kami puteri hebat. Selangor: PTS One Sdn. Bhd.

Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Awang Azman Awang Pawi, & Rahimah Hamdan. (2018). The elements of thinking in Archipelago’s Fables from the perspective of children in the 21st century. Advanced Science Letters, 24(7), 4767-4769.

Nur Shamsiah On. (2014). Kerana ais krim & makaron. Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn. Bhd.

Othman Puteh. (2000). Sastera kanak-kanak dan remaja dalam konteks pendidikan era globalisasi (Kertas kerja seminar). Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak, 7 hingga 8 November, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Rahimah Hamdan & Arba’ie Sujud. (2018). ‘Duka Yang Bertakhta’: Adab Pemerintah dalam Dua Karya Kesusasteraan Melayu Tradisional. Jurnal Melayu Sedunia, 1(1), 233- 272.

Rahimah Hamdan. (2021). Adab berkomunikasi watak dalam Hikayat Khoja Maimun. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 4(13), 9-23.

Rahimah Hamdan, & Siti Nor Harmiza Ibrahim. (2019). The code of conduct (Adab) for rulers in two malay masterpieces. International Journal of Academic Research Business and Social Sciences, 9(5), 114–127.

Safinah Ismail. (2018). Elemen komunikasi bapa dalam Surah Luqman. Proceedings of 4th International Conference on Islamiyyat Studies, Bandar Baru Bangi, Selangor, 18-19 September.

Safinah Ismail, Rosmawati Mohammad Rasit, & Zulkefli Aini. (2019). Mesej komunikasi keluarga dalam Surah Luqman. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 6(1), 201- 213.

Samsudin A. Rahim. (2001). Media dan identiti budaya: Membangunkan industri kandungan tempatan yang berdaya tahan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 17, 67-80. https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/22147

Siti Khariah Mohd Zubir, & Norol Nizam Sarkawi. Pemikiran pengarang dalam Novel Jerji Kasih karya Ramlah Abdul Rashid. Jurnal Pusat Ilmu dan Bahasa (MANU), 17, 147-169.

Siti Nazihah Sarpin. (2009). Mendidik anak-anak supaya taat akan syariah. http://076115aziz.blogsport.my/2009/03/mendidik-anak-anak-supaya-taat-akansyariah.

Siti Zuhaidah Zakaria, & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2014). Konflik dalam Cerita Rakyat dan kesannya kepada kanak-kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 5, 185-205.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528