Analisis Ethos, Pathos dan Logos dalam Komunikasi Kepimpinan Nama Beta Sultan Alauddin Karya Faisal Tehrani

Nordiana Hamzah, Noor Alhusna Madzlan, Hasrina Baharum, Muhammad Fadzllah Zaini, Rohaya Md. Ali

Abstract


Komunikasi kepimpinan ialah penyampaian maklumat oleh pemimpin tentang budaya sesuatu organisasi, nilai teras, misi dan mesej penting untuk membina kepercayaan dalam sesuatu lingkungan masyarakat. Budaya sesuatu organisasi yang terdapat dalam teks kesusasteraan Melayu sama ada  moden ataupun tradisional merakamkan peristiwa yang memaparkan hubungan pemimpin dalam masyarakat. Sesuatu peristiwa itu lahir hasil daripada komunikasi antara pemimpin dengan  masyarakat yang menjadi wadah dalam penulisan. Teks kesusasteraan Melayu sama ada moden  ataupun tradisional merakamkan peristiwa yang memaparkan hasil seni untuk masyarakat. Teks Nama Beta Sultan Alaudin merupakan teks moden yang ditulis dalam gaya moden namun mempunyai bahan penceritaan klasik iaitu penceritaan berkaitan kepimpinan Sultan Alaudin. Teks ini merakamkan penceritaan kisah Sultan Alaudin dari zaman kanak-kanak sehingga baginda mangkat. Kajian teks diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Objektif kajian adalah untuk menganalisi komunikasi kepimpinan Sultan Alaudin secara bertema iaitu sub tema ethos, pathos dan logos berdasarkan teori Aristotle. Dapatan kajian menemukan bahawa Sultan Alaudin mempunyai keperibadian yang baik (ethos); mempunyai ikatan silaturahim yang rapat dengan Menteri dan rakyat (pathos) serta menyelesaikan masalah dengan kecerdasan emosi dan intelektual (logos) dalam komunikasi kepimpinan baginda. Implikasi kajian ini adalah untuk memberikan kesedaran ilmu komunikasi kepimpinan yang  berkesan  dalam pemilihan seseorang yang bakal memimpin sesebuah organisasi sama ada organisasi itu kecil ataupun besar seperti sebuah daerah, negeri ataupun negara.

 

Kata kunci: Komunikasi, kepimpinan, ethos, pathos, logos.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3901-27


Full Text:

PDF

References


Aisyah, M. (2022). Ethos, Pathos, Logos dan komunikasi publik: A systematic literature review. Jurnal Darma Agung, 30(3), 442-469.

Azlina Kamaruddin. (2017). Analisis kualitatif terhadap faktor kegagalan komunikasi pembujukan dalam konteks pengucapan awam. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(3), 89-106.

Azizi Yahaya, Peter Voo, Ismail Maakip, & Mohd Dahlan A. Malek. (2018). Kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Barrett, D. (2006). Leadership communication: A communication approach for senior-level managers. Emerald Group Publishing.

Barrett, D. (2014). Leadership communication. McGraw Hill Education.

Chai Nyun Chow. (2020). Penggunaan retorik dalam ucapan politik Tun Mahathir bin Mohamad pasca kemenangan Pakatan Harapan [Master thesis, Universiti Malaysia Sarawak]. UNIMAS Institutional Repository.

Cope, E. M. (1867). An introduction to Aristotle's rhetoric: With analysis notes and appendices. Macmillan and Co.

Faisal Tehrani. (2007). Nama beta Sultan Alauddin. Aberdeen Books World.

Goleman, D. (1996). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. Bloomsbury.

Hairul Azhar Mohamad, Zahariah Pilus, Muhammad Lutfi Mohaini, Rasyiqah Batrisya Md Zolkapli, & Nadiah Hanim Abdul Wahab. (2022). Rhetorical strategies for appeal to logos in research abstracts: An analysis of rhetoric. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 6(3), 1–15. https://doi.org/10.33306/mjssh/200

Hairul Azhar Mohamad. (2022). Analysis of rhetorical appeals to Logos, Ethos and Pathos in ENL and ESL research abstracts. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001314. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1314

Hairunisak Ahmad Tulis, & Halimah Mohd Yusof. (2021). Gaya kepimpinan transformasi pemimpin dan kesejahteraan psikologi pekerja. Sains Humanika, 13(2-2). https://doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1895

Helmi Akhtar, & Ilhaamie Abdul Ghani Azmi. (2017). Komunikasi kepimpinan berkesan. Jurnal Syariah, 25(3), 531-562. https://doi.org/10.22452/js.vol25no3.7

Huang, S. Y., Huang, C.-H., & Chang, T.-W. (2022). A new concept of work engagement theory in cognitive engagement, emotional engagement, and physical engagement. Frontiers in Psychology, 12. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2021.663440

Jamaluddin Aziz, Fuzirah Hashim, & Nur Fariza Mohd Nor. (2022). Can we not just talk about men? The Bechdel test, narrative salience and female voices in two selected Malay films. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 38(4), 303–318. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2022-3804-17

Janse, B. (2018, October 7). What is Aristotle model of communication? Diagram and example. Toolshero. https://www.toolshero.com/communication-methods/aristotle-model-of-communication/

Klapper, R., Berg, L., & Upham, P. (2020). Probing alignment of personal and organisational values for sustainability: An assessment of Barrett’s organisational consciousness model. Sustainability, 12(18), 7584. https://doi.org/10.3390/su12187584

Kuckartz, U. (Ed.). (2014). Qualitative text analysis using computer assistance. In, Qualitative text analysis: A guide to methods, practice & using software (pp. 121-151). SAGE.

Maizatul Haizan Mahbob, Nik Anis Syakira Megat Ali, Wan Idros Wan Sulaiman, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2019). Komunikasi strategik dan peranannya untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam organisasi. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 23(1), 49−64.

Maizatul Haizan Mahbob, Wan Idros Wan Sulaiman, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2020). Pengaruh pola komunikasi ke atas komunikasi strategik. Journal of Social Sciences and Humanities, 17(2), 36-50.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). (2015). Hudud satu penjelasan.

Moskovitch, Y., & Jagadish, H. V. (2022). Reliability at multiple stages in a data analysis pipeline. Communications of the ACM, 65(11), 118-128. https://doi.org/jx2t

Muhammad Zafran Anas Ahmad Nor Khushairi, Hasrul Hashim, & Nurul Akqmie Badrul Hisham. (2022). Analisis estetika penerbitan kandungan kreatif video media sosial: Kajian terhadap Instagram Khairulaming. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 38(4), 268–285. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2022-3804-15

Mulyana, A., Hamid, F., Mansur, S., & Susilawati. (2019). Kepemimpinan efektif melalui kompetensi komunikasi di Media Nusantara Citra Group. Jurnal Kajian Komunikasi, 7(2), 184. https://doi.org/10.24198/jkk.v7i2.23853

Mustafa Mat Jubri, & Miszairi Sitiris. (2021). Analisis pemberhentian hukum hudud kerana pemeliharaan Maqasid Al-Shari’Ah. Azka International Journal of Zakat and Social Finance, 1(2), 45-70.

Nazra Alif Nazri, & Abdul Latiff Ahmad. (2022). Analisis kandungan terhadap drama adaptasi Korea di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 38(4), 286–302. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2022-3804-16

Nik Yusri Musa, Marwan Ismail, & Muhammad Hafizuddin. (2020). Kemahiran interpersonal (interpersonal skills): Satu analisis menurut perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah (Conference paper). 6th International Conference on Human Sustainability (INSAN2020) University Tun Hussein Onn, Malaysia, 19th August 2020. http://hdl.handle.net/123456789/1574

Nuramirah Zaini, Amiruel Azwan Ab Aziz, Nor Atifah Mohamad, Nazarul Azali Razali, Amirah Mohd Juned, & Sheik Badrul Hisham Jamil Azhar. (2022). Rhetorical appeals in professional communication presentation: An ODL setting. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 12(11), 1541-1549. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v12-i11/15674

Nurul Nadiah Zamri, & Zulkefli Aini. (2021). Retorik dalam dakwah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jurnal Pengajian Islam, 14(Special Edition), 149-158.

Rapp, C. (2022, May 2). Aristotle’s rhetoric. The Stanford encyclopedia of philosophy. https://plato.stanford.edu/entries/aristotle-rhetoric/

Siti Marina Kamil, Nyun-Chow Chai, & Su-Hie Ting. (2022). Logos, Pathos and Ethos in Mahathir Mohamad’s speeches during his come back as Prime Minister of Malaysia. Trends in Undergraduate Research, 5(1), 1-15. https://doi.org/jx2x

Siti Zanariah Husain, & Muhammad Adib Samsudin. (2021). konsep fesyen menurut syarak dan kaitan dengan Tabarruj: Satu tinjauan literatur. Journal of Contemporary Islamic Law, 6(2), 114-126.

Sohaimi Abd Aziz. (1998). Rasa-fenomenologi: penerapan terhadap karya A. Samad Said. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syahrir. (2015). Analisis Ethos, Pathos dan Logos kepemimpinan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). Jurnal MP (Manajemen Pemerintahan), 1(1). https://ejournal.ipdn.ac.id/JMP/article/view/172

Ting, S. H. (2018). Ethos, Logos and Pathos in university students’ informal requests. GEMA Online Journal of Language Studies, 18(1), 234–251. https://doi.org/10.17576/gema-2018-1801-14


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528