Analisis Estetika Penerbitan Kandungan Kreatif Video Media Sosial: Kajian Terhadap Instagram Khairulaming

Muhammad Zafran Anas Ahmad Nor Khushairi, Hasrul Hashim, Nurul Akqmie Badrul Hisham

Abstract


Kehadiran pelbagai laman media sosial merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemunculan pempengaruh terutamanya melibatkan media sosial yang bercirikan penghasilan dan perkongsian video pendek kreatif seperti di Instagram. Pempengaruh merupakan pihak ketiga yang bergerak bebas dalam membentuk dan mengumpulkan khalayak melalui penghasilan kandungan kreatif terutamanya melalui media sosial. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kandungan kreatif merupakan nadi utama di dalam sesebuah media sosial dan boleh digunakan oleh seseorang pempengaruh untuk penjenamaan peribadi. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka dan menganalisis aspek estetik penerbitan kandungan kreatif yang membentuk penjenamaan diri pempengaruh Khairulaming. Hal ini adalah kerana terdapat perkaitan yang sinergi di antara estetika penerbitan kandungan kreatif dan aspek penjenamaan pempengaruh. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan 48 buah video di Instagram Khairulaming dan juga temubual kumpulan fokus yang terdiri daripada pengikut akaun Instagram berkenaan. Analisis dilakukan berdasarkan kepada lima prinsip estetika penerbitan media iaitu estetika dimensi pertama (pencahayaan dan warna), estetika dimensi kedua (komposisi dan daya), estetika dimensi ketiga (elemen tambahan), estetika dimensi keempat (masa dan pergerakan) dan juga estetika dimensi kelima (audio). Hasil kajian menunjukkan, penerbitan video kandungan kreatif oleh pempengaruh yang mematuhi kelima-lima prinsip ini dapat membantu di dalam aspek penjenamaan diri seseorang pempengaruh. Di samping itu juga, pematuhan terhadap prinsip estetika ini juga turut memberikan impak terhadap persepsi pengikut serta pengalaman penontonan mereka.

                                                               

Kata kunci: Kandungan kreatif, video, penjenamaan peribadi, Instagram, pempengaruh.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2022-3804-15


Full Text:

PDF

References


Abidin, C. (2015). Communicative intimacies: Influencers and perceived interconnectedness. A Journal of Gender, New Media, & Technology, 8. https://doi.org/gmf9c4

Caldeira, S.P., Ridder, S. D. & Bauwel, S. V. (2020). Between the mundane and the political: Women’s self-representation on Instagram. Social Media + Society, 6(3).

Caner, N., Efe, Y.S. & Başdaş, Ö. The contribution of social media addiction to adolescent LIFE: Social appearance anxiety. Current Psychology, 41, 8424–8433. https://doi.org/jrbv

Casaló, L. V., Flavián, C., & Ibáñez-Sánchez, S. (2021). Be creative, my friend! Engaging users on Instagram by promoting positive emotions. Journal of Business Research, 130, 416–425.

Duffy, B. (2017). (Not) getting paid to do what you love: Gender, social media, and aspirational work. New Haven, CT: Yale University Press.

Ekaputri, H. E., Nurfadilah, F. A., Rafsanzani, F., & Santy, R. D. (2021). The effect of creative content to increase brand awareness: Information technology-based marketing strategies. International Journal of Research and Applied Technology, 1(2), 410-423.

Fahmi, K., Sihotang, M., Hadinegoro, R., Sulastri, E., Cahyono, Y., & Megah, S. I. (2022). Health care SME’s products marketing strategy: How the rule of marketing digital technology through social media? Universal Journal of Science and Technology, 1(1), 16-22.

Freberg, L., Graham, K., Mcgaughey, K., & Freberg, L. (2011). Who are the social media influencers? A study of public perceptions of personality. Public Relations Review, 37(1), 90-92. https://doi.org/10.1016/j.pubrev.2010.11.001

Ghaffari, S. (2020). Discourses of celebrities on Instagram: Digital femininity, self-representation and hate speech. Critical Discourse Studies, 19(2), 161-178.

Hinz, A., Mulgrew, K., De Regt, T., & Lovell, G. (2021). Is this what female yogi looks like? A content analysis of yoga images on Instagram. Body Image, 36, 117-126.

Kartajaya, H. (2002). On marketing. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Lewis, R. (2018, September 18). Alternative influence: Broadcasting the reactionary right on YouTube. Data & Society. https://datasociety.net/library/alternative-influence/

Rundin, K., & Colliander, J. (2021). Multifaceted influencers: Toward a new typology for influencer roles in advertising. Journal of Advertising, 50(5), 548–564.

Medvedeva, A. (2018). Applied media esthetic as a tool to analyze video content from YouTube. ACM International Conference Proceeding Series (pp. 563–567).

Mystakidis, S. (2022). Metaverse. Encyclopedia, 2(1), 486-497. https://doi.org/hsfw

Nam, S. Y., & Park, B. R. (2017). A study on the strategy of content marketing using YouTube: Focused on domestic standalone beauty brands. Design Convergence Study, 16(2), 63-81.

Nisa, E. F. (2018). Creative and lucrative Dawa: The visual culture of Instagram amongst female Muslim Youth in Indonesia. Asiascape: Digital Asia, 5(1-2), 68-99.

Statista. (2021). Active social media users as percentage of the total population in Malaysia. https://www.statista.com/statistics/883712/malaysia-social-media-penetration/

Stoldt, R., Wellman, M., Ekdale, B., & Tully, M. (2019). Professionalizing and profiting: The rise of intermediaries in the social media influencer industry. Social Media + Society, 5(1). https://doi.org/10.1177/2056305119832587

Zettl, H. (2008). Sight sound motion: Applied media aesthetics. Cengage Learning.

Zettl, H. (2011). Essentials of applied media aesthetics. In Dorai, C., & Venkatesh, S. (Eds.) Media computing (Vol. 4, pp. 11-38). Springer, Boston, MA: The Springer International Series in Video Computing. https://doi.org/10.1007/978-1-4615-1119-9_2


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528